Kenali Saya

Selamat datang dan terima kasih kerana sudi melawat blog Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Nama saya Idris Zainal Abidin. Menetap di Muar, Johor. Sudah berumah tangga dan Alhamdulillah dikurniakan seorang puteri. Anda boleh ikuti facebook saya untuk kenali lebih dekat.

Kenali Saya

Saya menerima banyak soalan daripada pelajar-pelajar yang membina projek elektronik. Saya dapati mereka hampir mempunyai persamaan, iaitu ingin membuat projek yang hebat tetapi kurang ilmu asas. Jadi tujuan saya mewujudkan blog ini adalah untuk berkongsi tentang pengetahuan elektronik, mikropengawal, Arduino, Raspberry Pi, Peranti Berhubung, dan apa jua yang dirasakan relevan dengan teknologi pendidikan semasa. Bagi memudahkan penyampaian, perkongsian didalam blog ini dibuat dalam bahasa Melayu. Penggunaan bahasa adalah mudah dan ringkas, sesuai untuk mereka yang baru mula belajar.

Saya berharap blog Belajar Arduino dan Raspberry Pi ini dapat memberi manfaat kepada semua yang berminat dalam meneroka dunia elekronik, Arduino, Raspberry Pi, atau lebih umum boleh dikatakan sebagai dunia Makers. Terima kasih.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315