ESP32 Peranti Berhubung Internet

Nota: Saya sarankan anda untuk mahir silibus Belajar Arduino terlebih dahulu, sebelum masuk ke silibus Belajar ESP32 Peranti Berhubung (IoT).

ESP32 adalah cip (SoC) kuasa rendah yang mempunyai modul WiFi dan Bluetooth terbina. Ia adalah kesinambungan daripada cip popular ESP8266. Saya tidak menggunakan modul ESP8266 untuk silibus ini kerana ESP32 mempunyai ciri-ciri yang lebih baik dan juga semakin stabil. Memandangkan papan ESP32 mempunyai sambungan WiFi dan Bluetooth terbina, untuk silibus ini, saya akan fokuskan kepada pembelajaran peranti berhubung internet.

Berikut adalah topik-topik yang akan disentuh didalam blog ini bagi kategori Belajar ESP32 Peranti Berhubung Internet.

Pengenalan Belajar ESP32

  1. Apa Itu ESP32?
  2. Kenali Variasi Papan ESP32
  3. Memasang Papan Tambahan di Arduino IDE
  4. Memasang Pemacu Papan ESP32
  5. Muat Naik Pengaturcaraan ESP32

Asas Peranti Berhubung Internet

Bagi silibus Belajar ESP32 Peranti Berhubung Internet, saya tidak memfokuskan kepada asas antara muka dengan modul masukan dan keluaran. Anda boleh mempelajari asas ini di silibus Belajar Arduino. Oleh itu, saya akan terus kepada asas peranti berhubung internet yang akan menggunakan beberapa platform IoT yang mudah.

1. Aplikasi Blynk
  1. Pengenalan Blynk
  2. IoT WiFi Blynk Penggera Pencuri
  3. IoT WiFi Blynk Penggera Banjir
2. Aplikasi Telegram
  1. Pengenalan Telegram Bot
  2. IoT WiFi Telegram Penggera Pencuri
  3. IoT WiFi Telegram Penggera Banjir
3. ThingSpeak
  1. Pengenalan ThingSpeak
  2. IoT WiFi ThingSpeak Pemantau Suhu
  3. IoT WiFi ThingSpeak Pemantau Tenaga
4. Favoriot
  1. Pengenalan Favoriot
  2. IoT WiFi ThingSpeak Pemantau Suhu
  3. IoT WiFi ThingSpeak Pemantau Tenaga