Muat Naik Pengaturcaraan ESP32

Setelah papan ESP32 anda boleh dikesan laptop, seterusnya kita cuba untuk muat naik kod pengaturcaraan ke papan ESP32 pula. Untuk kiriman ini, saya akan gunakan papan NodeMCU ESP32.

DOIT ESP32 DEVKIT V1

Muat Naik Kod Pengaturcaraan ke Papan ESP32

Muat Naik Pengaturcaraan ESP32
1. Sambungkan Papan ESP32 ke Laptop

Sambungkan papan ESP32 anda ke laptop menggunakan kabel USB. Pastikan anda sudah memasang pemacu untuk ESP32 dan laptop anda sudah boleh mengesan papan ESP32 anda.

  • Arduino IDE Initialize
  • Arduino IDE Sketch
2. Buka Perisian Arduino IDE

Buka perisian Arduino IDE. Jika anda masih belum memasangnya, anda boleh ikuti kiriman memasang perisian Arduino IDE. Seterusnya pastikan anda sudah memasang papan tambahan di Arduino IDE.

  • Arduino Contoh Blink
3. Buka Contoh Kod Blink

Klik pada File – Examples – 01.Basics – Blink. Anda perlu edit sedikit contoh kod ini. Gantikan BUILTIN_LED kepada nombor 2.

  • Pilih Board ESP32
  • Pilih Port ESP32
4. Pilih Board dan Port Yang Betul

Untuk pilih papan ESP32, klik pada Tools – Board – ESP32 Dev Module. Kemudian pilih port pula, klik pada Tools – Port – COMX. X adalah merujuk pada nombor COM untuk papan ESP32 anda. Sebagai contoh, port untuk papan ESP32 saya adalah COM3. Jika anda tidak pasti, anda boleh baca semula kiriman memasang pemacu papan ESP32.

5. Muat Naik Kod Pengaturcaraan ke Papan ESP32

Klik pada ikon muat naik, seperti biasa ia akan mulakan dengan Compiling sketch… Kemudian, semasa proses muat naik, apabila status memaparkan Connecting… tekan dan tahan butang BOOT di papan ESP32. Anda boleh lepaskan butang sebaik saja ia melepasi status Connecting… dan tunggu sehingga muat turun selesai.

Muat Naik Pengaturcaraan ESP32
6. Muat Naik Kod Berjaya

Selesai muat naik kod, anda akan lihat LED biru pada papan ESP32 akan berkelip. Anda boleh cuba ubah nilai menunggu delay dalam kod pengaturcaraan Blink dan muat naik semula.

Kini anda sudah berjaya untuk muat naik kod pengaturcaraan ke papan ESP32. Seterusnya kita boleh mencuba contoh-contoh kod di internet dan membina aplikasi peranti berhubung internet.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply