Senarai Perisian PCB Percuma

Sekitar 10 tahun yang lepas, perisian PCB adalah satu perisian yang digunakan oleh golongan profesional seperti jurutera. Ketika itu, boleh dikatakan semua perisian PCB adalah berlesen dan sangat mahal. Bagi pelajar Universiti, mereka masih berpeluang mempelajari perisian ini di makmal fakulti. Tetapi tidak semua Universiti mampu untuk memiliki perisian PCB ini. Saya masih ingat ketika belajar di peringkat Diploma, kawan saya menggunakan perisian Microsoft Word untuk melukis PCB! Cuba bayangkan betapa susahnya untuk memastikan skala PCB adalah betul. Kini kita tidak perlu risau lagi kerana perisian ini sudah semakin mudah dimiliki. Oleh itu, bagi kiriman kali ini saya akan kongsikan senarai perisian PCB percuma yang popular.


Senarai Perisian PCB Percuma

1. KiCad EDA
Senarai Perisian PCB Percuma

KiCad EDA adalah perisian PCB sumber terbuka dibawah lesen GNU GPL v3. Ia menyokong sistem operasi utama iaitu Windows, MacOS dan juga Linux. Perisian ini mempunyai lukisan skematik, rekaan PCB, penghasilan fail gerber dan pandangan imej 3D. Setakat yang saya tahu, perisian ini antara yang sedang meningkat naik dari segi penggunanya. Oleh itu, anda lebih mudah mencari sumber rujukan untuk belajar cara menggunakannya.

2. DesignSpark
Senarai Perisian PCB Percuma

DesignSpark adalah perisian rekaan elektronik hasil kolaborasi diantara syarikat RS Components dan Number One System. Selain perisian PCB, terdapat juga perisian untuk rekaan mekanikal dan elektrikal. Buat masa ini, perisian PCB DesignSpark hanya menyokong sistem operasi Windows sahaja.

3. Fritzing
Senarai Perisian PCB Percuma

Perisian Fritzing lebih terkenal dengan pandangan sambungan breadboard. Kemudian dari sambungan tersebut, anda boleh teruskan kepada lukisan skematik dan rekaan PCB. Walaubagaimanapun, ia hanya sesuai untuk rekaan ringkas, kerana ciri-ciri rekaan PCB nya adalah terhad.

4. Eagle PCB
Senarai Perisian PCB Percuma

Eagle PCB adalah perisian yang memfokuskan kepada rekaan PCB sahaja, sama seperti KiCad. Ia menyokong sistem operasi Windows, MacOS dan juga Linux. Perisian ini digunakan oleh syarikat elektronik seperti Cytron Technologies, Adafruit, Sparkfun Electronics dan Seeed Studio. Oleh itu, terdapat banyak rujukan yang boleh kita gunakan untuk mereka bentuk PCB. Untuk makluman, terdapat batasan untuk versi percuma:

  • Terhad kepada 2 helaian skematik.
  • Terhad kepada 2 lapisan isyarat (atas dan bawah).
  • Terhad kepada saiz maksimum 80 cm2.
  • Digunakan oleh pelajar atau penggemar elektronik (tidak boleh digunakan untuk tujuan komersil).

Walaubagaimanapun, saya yakin ianya masih cukup untuk kita membina PCB, tambahan lagi dengan zaman sekarang yang lebih menekankan terhadap rekaan kompak.

Jadi, untuk topik mereka bentuk PCB, saya akan gunakan perisian Eagle PCB. Anda boleh muat turun dan seterusnya saya akan tunjukkan cara pasang ke laptop atau komputer.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply