Belajar Raspberry Pi (Pengawal Mikro)

Raspberry Pi telah melancarkan produk terbaru pada 21 Jan 2021 yang dikenali sebagai Raspberry Pi Pico. Ia dikuasakan oleh pemproses Duo-teras ARM Cortex M0+, dengan kelajuan sehingga 133 MHz. Cip pemproses tersebut direka sendiri oleh pasukan silicon Raspberry Pi dengan kod RP2040. Untuk makluman, produk ini adalah jenis pengawal mikro yang pertama daripada Raspberry Pi! Selain itu, ia juga menyokong MicroPython dan CircuitPython. Dimana kita boleh menulis kod menggunakan bahasa Python 3. Kelebihan ini sangat membantu newbie dan beginner untuk belajar Raspberry Pi pengawal mikro.

Belajar Raspberry Pi (Pengawal Mikro)
Belajar Raspberry Pi (Pengawal Mikro)

Berikut adalah topik-topik yang akan disentuh didalam blog ini bagi kategori:

Pengenalan Raspberry Pi (Pengawal Mikro)

  1. Apa itu Raspberry Pi Pico?
  2. Memasang MicroPython Pada Raspberry Pi Pico
  3. Memasang CircuitPython Pada Raspberry Pi Pico

Program Raspberry Pi Pico (MicroPython)

  1. Mengawal Pin Keluaran Digital
  2. Mengawal Pin Masukan Digital
  3. Menghasilkan Nada Melodi

Program Raspberry Pi Pico (CircuitPython)

  1. Mengawal Pin Keluaran Digital
  2. Mengawal Pin Masukan Digital
  3. Menghasilkan Nada Melodi