Papan Pengawal Mikro Pertama Daripada Raspberry Pi – Pico!

Bagi penggemar digital making, saya yakin anda pasti, sekurang-kurangnya, mendengar tentang Raspberry Pi. Ia kerap dibandingkan dengan Arduino yang mana kedua-duanya bukan dalam kategori yang sama. Raspberry Pi cukup sinonim dalam pasaran komputer mini manakala Arduino terkenal dikalangan pengguna pengawal mikro. Kini, anda tidak boleh membuat perbandingan yang sama lagi, kerana Raspberry Pi telah melancarkan papan pengawal mikro pertama bernama Pico!

Raspberry Pi Pico
Pengawal mikro pertama daripada Raspberry Pi dinamakan Pico

Spesifikasi Papan Raspberry Pi Pico

Pico dikuasakan oleh pemproses Duo-teras ARM Cortex M0+, dengan kelajuan sehingga 133 MHz. Cip pemproses tersebut direka sendiri oleh pasukan silicon Raspberry Pi dengan kod RP2040. Berikut adalah spesifikasi papan Raspberry Pi Pico.

Tarikh Dilancarkan21 Januari 2021
Cip PemprosesRP2040, Duo-teras ARM Cortex M0+
KelajuanBermula 48 MHz sehingga 133 MHz
Saiz RAM264 KByte SRAM
Saiz Flash2 MByte Q-SPI flash
Kuasa Masukan Utama5VDC melalui USB mikro B
Voltan Operasi3.3V
USB InterfaceUSB 1.1 Device and Host
Upload Program MelaluiUSB mikro B, Mass Storage Device
GPIO26x IO digital
ADC3x 12-bit 500ksps
UART, I2C, SPI2, 2, 2 *Kedudukan pin boleh ditukar, rujuk pinout
PWM16x controllable PWM channels
Timer1x Timer with 4x Alarms
1x Real-Time Counter
PIO2x Programmable High-Speed IO
LED Terbina1x Programmable LED (GP25)
Butang Tekan Terbina1x BOOTSEL button
Mesra papan reka?Ya
Bahasa PengaturcaraanMicroPython dan C, C++
HargaRM19.90
*Harga di Cytron Technologies semasa pelancaran
Raspberry Pi Pico Pinout
Pinout untuk papan Pico

Ya, harganya sangat mampu milik dan ianya asli daripada Raspberry Pi. Dengan sokongan MicroPython, anda boleh mempelajari coding di Pico dengan lebih mudah. Klik pada butang dibawah jika anda berminat untuk dapatkannya. 👇

Pandangan atas dan bawah papan Pico

Saya secara peribadi tidak pernah menyangka Raspberry Pi akan menawarkan produk pengawal mikro. Bagi saya, mereka sudah cukup selesa mendominasi pasaran komputer mini. Tetapi itulah resam usahawan teknologi yang sentiasa ingin berkembang dan meluaskan empayar. Adakah dengan kehadiran Pico ini akan mencabar platfrom Arduino? Atau mungkin papan ini juga nanti boleh diprogram menggunakan Arduino? Sama-sama kita saksikan. 😁🍿


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply