Bahasa pengaturcaraan Python merupakan bahasa pengaturcaraan paling popular di dunia. Bagi Raspberry Pi, memandangkan ia adalah sebuah mini komputer, kita boleh gunakan pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Python, C++, Java, Javascript dan macam-macam lagi. Walaubagaimanapun, untuk silibus Belajar Raspberry Pi di blog ini, saya akan fokuskan kepada bahasa Python. Persoalannya, bagaimana untuk kita mula? Bagaimana untuk membuka perisian Python di Raspbian?
Bagi sistem operasi Raspbian Stretch dan versi sebelumnya, terdapat 2 versi perisian Python, iaitu Python 2 (IDLE) dan Python 3 (IDLE). Sesetengah contoh kod atau library menggunakan Python 2 atau Python 3 sahaja. Ada juga yang boleh digunakan untuk kedua-dua versi.
Bagi sistem operasi Raspbian Buster, Python 2 (IDLE) dan Python 3 (IDLE) tidak disertakan. Jadi anda boleh gunakan perisian Thonny Python. Perisian ini mempunyai susunan yang lebih baik dan mudah digunakan.
Cara Membuka Perisian Python Di Raspbian Stretch dan Versi Sebelumnya
Python 3 (IDLE)
Kenapa saya mula dengan perisian Python 3 (IDLE) terlebih dahulu? Ini kerana anda boleh mengakses secara mudah melalui menu di Raspbian.
Python 2 (IDLE)
Untuk Python 2, asalnya ia tiada di menu, tetapi bukan bermaksud Raspbian anda tiada perisian Python 2. Ianya ada tetapi disembunyikan. Mungkin mereka lebih menggalakkan kita menggunakan Python 3? Untuk membuka Python 2 (pertama kali), ikuti langkah-langkah berikut.
1. Buka Menu Editor
2. Tetapkan Python 2 Di Menu
3. Python 2 (IDLE) Di Menu
Kini Python 2 (IDLE) sudah boleh dibuka sama seperti Python 3 (IDLE).
Cara Membuka Perisian Python Di Raspbian Buster
Thonny Python
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315