Di zaman yang mana kita boleh dapatkan contoh kod pengaturcaraan dengan mudah, jadi menulis kod bukanlah topik awal untuk kita belajar. Tetapi, untuk Raspberry Pi, bagaimana untuk menjalankan kod pengaturcaraan python. Jadi untuk kiriman kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk membuat fail baru, menulis kod python ringkas, simpan dan jalankan kod.
Cara Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python di Raspbian Stretch
Pastikan anda tahu cara untuk membuka perisian python. Saya gunakan Python 3 (IDLE). Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk kiriman Perisian Python Di Raspbian.
1. Buat Fail Baru
2. Tuliskan Kod Python
3. Simpan Kod Python
Sebelum anda boleh menjalankan kod python, anda perlu simpan terlebih dahulu. Klik pada File – Save (atau CTRL+S), kemudian pilih folder dan tuliskan nama fail anda.
4. Jalankan Kod Python
Cara Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python di Raspbian Buster
1. Buka Perisian Thonny Python dan Tulis Kod
Buka perisian Thonny Python IDE dan anda boleh terus tulis kod pengaturcaraan. Kemudian klik Save untuk simpan fail.
2. Simpan Kod Python
3. Jalankan Kod Python
Seterusnya klik Run untuk jalankan kod python. Anda boleh lihat hasil atau status kod di ruangan Shell dibawah.
Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏