Raspberry Pi 4 Versi 8GB RAM

Seperti yang kita tahu, Raspberry Pi 4 Model B telah dilancarkan dengan spesifikasi pilihan RAM dari 1GB, 2GB dan 4GB. Kemudian, versi 1GB diberhentikan, dan harga untuk 2GB diturunkan kepada harga 1GB. Terkini, pihak Raspberry Pi telah melancarkan papan terbaru iaitu Raspberry Pi 4 versi 8GB RAM. đŸ˜±

Spesifikasi Raspberry Pi 4 Versi 8GB RAM

Berikut adalah spesifikasi Raspberry Pi 4 Model B (8GB RAM):

  • A 1.5GHz quad-core 64-bit ARM Cortex-A72 CPU (~3× performance)
  • 8GB of LPDDR4 SDRAM
  • Full-throughput Gigabit Ethernet
  • Dual-band 802.11ac wireless networking
  • Bluetooth 5.0
  • Two USB 3.0 and two USB 2.0 ports
  • Dual monitor support, at resolutions up to 4K
  • VideoCore VI graphics, supporting OpenGL ES 3.x
  • 4Kp60 hardware decode of HEVC video
  • Complete compatibility with earlier Raspberry Pi products

Boleh dikatakan spesifikasinya sama sahaja dengan versi 2GB dan 4GB. Hanya RAM yang membezakannya. Selain itu terdapat sedikit penambahbaikan dibahagian litar kuasa. Perubahan ini adalah untuk menampung arus puncak yang lebih tinggi kesan daripada penggunaan 8GB RAM.

Raspberry Pi OS

Selain daripada berita 8GB RAM, Raspberry Pi juga telah mengemaskini sistem operasi. Kali ini nama ditukar daripada Raspbian OS ke Raspberry Pi OS. Walaupun nama ditukar, tiada perubahan besar terhadap sistem operasi dan masih kekal 32-bit.

Raspberry Pi OS 64-bit

Bagi yang menanti sistem operasi 64-bit, ini berita baik untuk anda. Raspberry Pi telah memperkenalkan Raspberry Pi OS 64-bit versi beta. Untuk makluman lanjut, anda boleh ikuti forum ini 👉 Raspberry Pi OS (64 bit) beta test version. Bagi anda yang masih baru, dinasihatkan untuk menggunakan Raspberry Pi OS 32-bit.

Sampai disini dahulu berita tentang Raspberry Pi. Jika anda berminat untuk dapatkan papan terbaru ini, boleh klik pada butang dibawah.

Raspberry Pi 4 Model B Versi 8GB RAM

Rujukan

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply