Remote Raspberry Pi Serial

Remote Raspberry Pi Serial adalah salah satu cara untuk mula menggunakan Raspberry Pi dengan perkakasan minimum. Dengan kata lain, anda tidak perlu menyediakan perkakasan asas untuk Raspberry Pi. Untuk kaedah ini, saya cadangkan anda untuk sediakan barang berikut:

  1. Raspberry Pi Zero WH
  2. Maker pHAT
  3. 16GB Micro SD Card with NOOBS
  4. USB Micro B Cable

Kemudian ikuti langkah-langkah berikut untuk remote Raspberry Pi serial.

Remote Raspberry Pi Serial

1. Pasang Sistem Operasi Raspbian Terkini

Anda boleh ikuti kiriman Memasang Sistem Operasi Raspbian. Jika anda menggunakan 16GB Micro SD Card with NOOBS, anda tidak perlu memasang semula sistem operasi Raspbian.

Sambungkan kad SD ke laptop/komputer, buka drive kad SD, contoh boot (D:), dan edit fail config.txt. Tambah enable_uart=1 di penghujung fail tersebut. Saya edit fail ini menggunakan perisian Sublime Text. Seterusnya, simpan fail dan tanggalkan kad SD.

Enable UART
2. Pasang Maker pHAT Driver

Sambungkan Maker pHAT ke laptop/komputer menggunakan kabel USB mikro B. Ingat! Jangan pasang Maker pHAT ke Raspberry Pi lagi! Langkah ini adalah untuk memastikan laptop anda boleh mengesan port Maker pHAT terlebih dahulu. Untuk pengguna Windows, buka Device Manager, dan cek pada kategori Ports (COM & LPT). Nama port tersebut lebih kurang seperti USB Serial Port (COMX) dan X adalah nombor. Jika tidak dikesan, anda perlu memasang Maker pHAT driver terlebih dahulu.

Maker pHAT Driver

Muat turun dan pasang Maker pHAT driver pada link berikut. Sila pilih mengikut sistem operasi laptop/komputer anda – FT231X Driver (Maker pHAT Rev1.10)

Device Manager

Setelah port Maker pHAT dikesan, tanggalkan sambungan USB. Pasangkan kad SD dan Maker pHAT ke Raspberry Pi Zero WH.

3. Pasang Perisian PuTTY (Windows)

Bagi pengguna Windows, muat turun dan pasang perisian PuTTY pada laptop anda. Memandangkan Maker pHAT sudah dipasang bersama Raspberry Pi, sambungan USB Maker pHAT ke laptop akan memberi kuasa kepada Raspberry Pi.

⚡️ Amaran: Sila beri perhatian, jangan suka-suka tanggalkan sambungan USB tanpa membuat shutdown yang betul. Ia berisiko merosakkan sistem operasi didalam kad SD.

Buka perisian PuTTY, tik pada Serial kemudian tuliskan nombor COM Maker pHAT (contoh COM3). Tetapkan Speed ke 115200. Klik Open.

PuTTy

Tekan Enter, kemudian masukkan login pi dan password raspberry.

💡 Tahukah Anda? Anda tidak dapat lihat password yang ditulis pada terminal PuTTy. Jadi pastikan anda taip dengan betul.

Remote Raspberry Pi Serial

Kini anda sudah berjaya remote Raspberry Pi melalui sambungan serial. Anda boleh membuat konfigurasi melalui command line seperti:

  • Sambungan WiFi
  • Enable VNC
  • Semak alamat IP
  • Update dan upgrade
  • Pemasangan pakej dan lain-lain

Walaubagaimanapun, remote Raspberry Pi serial kurang sesuai untuk menulis pengaturcaraan. Jadi, selepas ini kita akan membuat remote melalui VNC pula. Teruskan setia bersama blog ini.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply