Memasang Perkakasan Raspberry Pi

Katakan anda baru saja membeli CPU, apa lagi yang anda perlu ada supaya anda boleh menggunakan komputer anda? Secara asas anda perlukan papan kekunci, tetikus, dan monitor. Sama juga seperti papan Raspberry Pi. Anda perlu memasang perkakasan Raspberry Pi untuk anda boleh menggunakannya.

Memasang Perkakasan Raspberry Pi

Berikut adalah senarai perkakasan asas yang anda boleh pilih untuk dipasang pada Raspberry Pi 3 Model B atau Model B+:

  1. Bekalan kuasa rasmi daripada Raspberry Pi: 5.1V 2.5A (Hitam) atau 5.1V 2.5A (Putih)
  2. Papan kekunci rasmi daripada Raspberry Pi
  3. Tetikus rasmi daripada Raspberry Pi
  4. HDMI Cable
  5. 10.1″ HDMI LCD
  6. Raspberry Pi 7 Inch Touch Screen Display
  7. Raspberry Pi Enclosure
  8. Raspberry Pi Camera

Bagi papan jenis Raspberry Pi Zero, anda mungkin perlukan penyesuai (converter), seperti:

Walaubagimanapun, saya kurang gemar untuk memasang perkakasan Raspberry Pi seperti papan kekunci, tetikus, dan monitor. Ini kerana ia melibatkan ruang yang besar. Saya lebih suka untuk remote Raspberry Pi melalui laptop yang saya gunakan. Jadi, teruskan mengikuti blog ini, untuk saya kongsikan bagaimana untuk kita remote Raspberry Pi melalui sambungan kabel USB atau WiFi.


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏

Leave a Reply