Apa itu Raspberry Pi? Dengar sekali seperti sejenis makanan. Adakah ia sebuah pai yang berintikan raspberry? Tidak! Ia bukanlah makanan, ia adalah sebuah komputer bersaiz mini. Raspberry Pi adalah satu platform untuk mempelajari subjek perkomputeran. Cuba bayangkan laptop atau PC anda dikecilkan sehingga ke saiz ini. Kemudian tidak perlu lesen untuk sistem operasi kerana ianya percuma!
Raspberry Pi dicipta pada tahun 2012 oleh satu pasukan yang dinamakan Raspberry Pi Foundation. Objektif Raspberry Pi adalah untuk mempromosi subjek komputer sains di sekolah dan kolej di UK. Disebabkan harganya yang murah, pengguna Raspberry Pi semakin meningkat. Komuniti Raspberry Pi berkembang pesat secara tidak langsung mempromosi Raspberry Pi ke seluruh dunia. Jika Arduino adalah platform mikro-pengawal paling popular, Raspberry Pi adalah platform komputer mini paling popular. Oleh itu, semua orang boleh cuba belajar Raspberry Pi.
Berikut adalah ringkasan berkenaan Raspberry Pi:
- Nama Raspberry Pi dipilih sempena tradisi menamakan buah untuk komputer-mikro zaman dahulu.
- Sistem operasi rasmi daripada Raspberry Pi dipanggil Raspbian.
- Ada lebih 20 jenis board Raspberry Pi telah diperkenalkan semenjak 2012. Kini, ada lebih kurang 8 board yang aktif dijual.
- Sehingga kini, lebih 12.5 juta board Raspberry Pi telah dijual.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315