Mengubah Resolusi Desktop Raspbian

Sebaik saja anda berjaya remote Raspberry Pi melalui VNC, anda akan dapati paparan desktop agak kecil dengan saiz resolusi 720 x 480. Anda masih boleh kekalkan dengan resolusi tersebut, tetapi bagi saya ia agak kurang selesa untuk digunakan. Jadi untuk kiriman kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk mengubah resolusi desktop Raspbian.

Berikut adalah saiz asal desktop Raspbian Stretch.

Remote Raspberry Pi VNC

Cara Mengubah Resolusi Desktop Raspbian Stretch

1. Buka Konfigurasi Raspberry Pi

Klik pada Menu – Preferences dan buka Raspberry Pi Configuration.

2. Buka Tetapan Resolusi

Klik pada Set Resolution untuk membuka pilihan tetapan resolusi yang ada.

3. Pilih Tetapan Resolusi Saiz HD

Anda boleh pilih resolusi mana yang sesuai. Bagi saya, tetapan saiz HD 1280 x 720 agak selesa. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Perlu diingat, saiz resolusi yang besar menyebabkan pergerakan Raspberry Pi anda menjadi perlahan. Selesai pilih, klik OK.

4. Restart Untuk Lakukan Perubahan

Untuk klik OK pada konfigurasi Raspberry Pi, ianya agak mencabar sikit. Gerakkan tetingkap keatas yang boleh. Kemudian klik pada butang dengan label panah merah seperti dalam gambar. Seterusnya restart untuk lakukan perubahan.

5. Resolusi Baru di Raspbian Stretch Berjaya Ditetapkan
Resolusi Desktop Raspbian Bersaiz HD

Cara Mengubah Resolusi Desktop Raspbian Buster

Jika anda menggunakan sistem operasi Raspbian Buster, saiz resolusi asal untuk desktop selepas melakukan remote VNC adalah 1028 x 768.

Resolusi Asal Raspbian Buster
1. Buka Konfigurasi Skrin

Klik pada Menu – Preferences dan pilih Screen Configuration.

2. Pilih Tetapan Resolusi Saiz HD
Pilihan Resolusi Skrin

Anda boleh pilih resolusi mana yang sesuai. Bagi saya, tetapan saiz HD 1280 x 720 agak selesa. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Perlu diingat, saiz resolusi yang besar menyebabkan pergerakan Raspberry Pi anda menjadi perlahan. Selesai pilih, klik tanda right warna hijau.

4. Perubahan Resolusi Desktop Tanpa Restart
Membuat Pengesahan Resolusi Skrin

Di Raspbian Buster, perubahan resolusi berlaku serta-merta tanpa restart. Klik OK jika anda ingin mengekalkan resolusi baru tersebut.

5. Resolusi Baru di Raspbian Buster Berjaya Ditetapkan
Resolusi Raspbian Buster Saiz HD

Dengan saiz resolusi HD, kita lebih selesa untuk menggunakan Raspbian. Semoga perkongsian ini membantu anda dalam membina projek yang berasaskan platform Raspberry Pi.


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply