Memasang Sistem Operasi Raspbian

Seperti komputer yang lain, Raspberry Pi juga perlu mempunyai sistem operasi. Walaubagaimanapun, papan Raspberry Pi tidak datang sekali dengan sistem operasi. Sistem operasi perlu dipasang pada kad SD mikro dan kemudiannya dislot masuk ke dalam papan Raspberry Pi. Anda boleh beli kad SD yang dilengkapi dengan NOOBS, atau pun membeli kad SD kosong dan memasang sistem operasi Raspbian sendiri. Jadi untuk kiriman kali ini, saya akan tunjukkan cara memasang sistem operasi Raspbian untuk papan Raspberry Pi.


Cara Memasang Sistem Operasi Raspbian

1. Kad SD Mikro

Pastikan anda mempunyai kad SD mikro, dan lebih baik jika dilengkapi dengan adapter kad SD. Kerana kita perlu pasangkan pada komputer terlebih dahulu untuk proses memasang sistem operasi Raspbian.

2. Muat Turun Sistem Operasi Raspbian (Kemaskini 23 Julai 2019)

Pergi ke laman web rasmi Raspberry Pi, klik dibahagian muat turun dan pilih Raspbian. Bagi yang baru mula belajar, saya syorkan pilih Raspbian Buster with desktop and recommended software. Anda boleh klik di Download ZIP untuk muat turun secara terus, atau Download Torrent jika mahu mahu menggunakan perisian Torrent. Saiz sistem operasi Raspbian ini agak besar, pastikan anda mempunyai sambungan internet yang baik dan pantas. Fail sistem operasi tersebut berbentuk *.zip.

Muat Turun Raspbian Buster
3. Muat Turun Perisian Etcher

Untuk menulis sistem operasi Raspbian ke kad SD, anda perlukan perisian khas seperti Win32DiskImager atau balenaEtcher. Saya syorkan perisian balenaEtcher kerana ianya lebih mudah digunakan berbanding Win32DiskImager. Muat turun perisian tersebut dan pasang di komputer anda. Kemudian sambungkan kad SD ke komputer. Pilih fail sistem operasi Raspbian (*.zip) di bahagian Select image. Pilih drive kad SD di bahagian Select drive. Setelah dipastikan kedua-dua pilihan ini betul, klik Flash! Ia akan mengambil masa beberapa minit untuk siap.

Etcher Raspbian Buster
4. Selesai Memasang Sistem Operasi

Setelah selesai memasang sistem operasi Raspbian, akan wujud set fail dan folder yang baru didalam drive kad SD. Anda boleh tanggalkan dan sambungkan semula kad SD untuk semak. Jika ada, ini bermakna kad SD anda sudah dilengkapi dengan sistem operasi Raspbian.


Selepas ini, kita perlu lakukan sedikit edit pada fail didalam kad SD untuk membolehkan remote serial.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply