Arduino: Menulis dan Membaca Komunikasi Siri

Komunikasi siri atau Serial Communication adalah salah satu bentuk komunikasi yang terdapat di mikropengawal. Komunikasi ini merujuk kepada protokol UART (Universal Asynchronous Receive Transmit). Dulu sewaktu saya belajar topik ini menggunakan mikropengawal PIC, ianya agak sukar. Tetapi hari ini, Arduino telah menjadikannya jauh lebih mudah. Memandangkan ianya adalah komunikasi 2 hala, jadi untuk topik kali ini, kita akan belajar cara menulis dan membaca komunikasi siri.

💡 Tahukah Anda? Komunikasi siri (UART) adalah antara komunikasi yang popular. Terdapat banyak modul yang menggunakan komunikasi siri seperti GSM, GPS, Bluetooth, WiFi, dan boleh juga digunakan untuk berkomunikasi dengan komputer melalui perantaraan modul penukar data USB ke UART.

Ulangkaji:
  1. Mengawal Pin Keluaran Digital
  2. Membaca Pin Masukan Digital
  3. Menghasilkan Nada Melodi

Bagi memapar atau memasukkan data komunikasi siri, anda boleh menggunakan Serial Monitor di Arduino IDE. Untuk membukanya, klik pada pintasan ikon Serial Monitor disebelah atas kanan. Sebelum itu pastikan port papan Arduino Uno atau Maker UNO sudah dipilih betul.

Serial Monitor Icon

Untuk topik ini, tetapkan No Line Ending dan 9600 baud.

Serial Monitor

Contoh Kod Pengaturcaraan

1. Memaparkan Status Butang Tekan Melalui Komunikasi Siri

Apabila butang di Maker UNO ditekan, ia akan memaparkan “Butang ditekan” di Serial Monitor. Jika dilepaskan, ia akan memaparkan “Butang dilepaskan”.

2. Membaca Data Komunikasi Siri Dan Mengawal LED

Data-data komunikasi siri dibaca dan mengawal LED dari pin 3 hingga 7 mengikut arahan yang diberikan. Cara menulis arahan adalah LEDX ON atau LEDX OFF. X mewakili nombor, sebagai contoh LED5 ON untuk menyalakan LED L5 dan LED5 OFF untuk memadam LED L5.

3. Menggabungkan 2 Contoh Diatas

Menggabungkan aplikasi nombor 1 dan 2 serta tambahan melodi untuk lebih menarik. Apabila arahan tiada dalam senarai tindakan, ia akan memaparkan status “Arahan tidak sah”.

Ubah Kod Pengaturcaraan

Pastikan anda faham bagaimana contoh-contoh kod cara menulis dan membaca komunikasi siri diatas. Seterusnya anda boleh mencipta paparan status dan arahan anda sendiri. Seperti contoh ke 2 dan ke 3, anda boleh tambah arahan untuk mengawal LED yang lain.

Alhamdulillah, akhirnya selesai juga untuk silibus Asas Arduino (Maker UNO). Ia dilengkapi 7 topik asas dan anda boleh mempelajari dan mempraktikkannya dengan hanya menggunakan 1 papan Maker UNO. Selamat belajar dan semoga bermanfaat. 😊


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏

Leave a Reply