Arduino: Menghasilkan Nada Melodi

Saya sukakan muzik dan mula mempelajari gitar semenjak dari darjah 3 lagi. Saya yakin anda juga pernah mempelajari alat muzik ketika disekolah rendah. Perkara asas dalam muzik adalah tempoh dan nota muzik. Nota muzik terdiri daripada A, B, C, D, E, F dan G. Jika kita bermain alat muzik, asalkan kita tekan dan tiup atau petik dengan betul, nada melodi akan terhasil. Bagi menghasilkan nada melodi menggunakan mikropengawal, kita perlu tahu lebih asas bagaimana nada terhasil.

💡 Tahukah Anda? Nada yang berbeza terhasil daripada frekuensi yang berbeza. Julat frekuensi yang selesa untuk didengar adalah dari NOTE_C3 dengan frekuensi 131 Hz sehingga NOTE_B6 dengan frekuensi 1976 Hz.

💡 Tahukah Anda? Hanya pembaz pasif sahaja yang boleh menghasilkan nada yang berbeza. Contoh pembaz pasif adalah seperti yang terdapat di Maker UNO. Untuk pembaz aktif, ia hanya boleh menghasilkan 1 nada sahaja dengan cara mengawal pin keluaran digital. Contoh pembaz aktif adalah seperti yang terdapat di Maker pHAT.

Ulangkaji:
  1. Muat Naik Kod Pengaturcaraan ke Maker UNO
  2. Membaca Pin Masukan Digital
Maker UNO Piezo Buzzer
Jangan lupa untuk tetapkan suis pembaz ke mod bunyi.

Contoh Kod Pengaturcaraan

1. Menghasilkan Nada Asas

Bagi menghasilkan nada melodi di papan Arduino Uno atau Maker UNO, kita perlu tahu dahulu bagaimana untuk menggunakan fungsi menghasilkan nada yang disediakan.

2. Simpan Susunan Nada Didalam Pemboleh Ubah

Apabila nada yang hendak dihasilkan agak panjang, kita boleh simpan susunan nada tersebut didalam pemboleh ubah. Contoh kod ini juga melibatkan penggunaan butang di Maker UNO.

3. Muzik Mozart dari Pembaz Maker UNO

Jom kita cuba hasilkan nada melodi yang lebih panjang!

Ubah Kod Pengaturcaraan

Sejujurnya agak sukar untuk menghasilkan nada melodi sendiri jika anda tiada ilmu asas muzik. Walaubagaimanapun anda boleh cuba dapatkan nada melodi yang dikongsikan orang lain di internet. Frekuensi nada ini saya rujuk pada contoh kod di Arduino IDE. Anda boleh klik pada File – Examples – 02.Digital – toneMelody.

Semoga perkongsian ini bermanfaat, In Shaa Allah. 😊


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply