Arduino memperkenalkan perkakasan sumber terbuka bagi setiap produknya. Mereka percaya pengguna Arduino perlu belajar dan faham rekaan produk Arduino. Tahu bagaimana litar pada papan Arduino berfungsi. Kemudian melakukan perubahan atau penambahbaikan dan seterusnya berkongsi pada yang lain. Oleh kerana papan Arduino Uno begitu popular, banyak papan Arduino Uno serasi dihasilkan.
Walaubagaimanapun, terdapat juga klon papan Arduino. Klon ini ditafsirkan sebagai meniru 100% daripada rekaan asal tanpa ada penambahbaikan. Anda boleh lihat contoh dibawah, logo Arduino juga terpampang pada papan. Jika anda pengguna baru, pasti agak sukar untuk membezakan diantara klon papan Arduino dan yang asli.
Untuk membezakan diantara klon board Arduino Uno dan yang asli, anda boleh lihat dari segi kualiti board tersebut:
- Kualiti warna biru yang berbeza.
- Kualiti cetakan silkscreen (tulisan/lukisan putih) pada papan.
- Kualiti komponen yang digunakan.
- Kualiti pembungkusan produk.
Walaubagaimanapun, kedua-dua papan berfungsi 100% sama. Tambahan pula harga untuk keduanya sangat jauh berbeza. Maka tidak hairan mengapa pelajar lebih senang menggunakan klon papan Arduino Uno untuk projek akhir mereka.
Sebentar, anda tahu tak yang mana satu klon dan asli?
Maker UNO – Papan Arduino Uno Serasi
Saya tidak nafikan betapa mudahnya menggunakan papan Arduino Uno berbanding silibus mikro-pengawal yang lain. Kesan daripada itu, banyak pihak cuba untuk mempromosi Arduino ke aras umur yang lebih rendah, seperti kolej dan sekolah menengah. Banyak pertandingan inovasi diadakan untuk memupuk semangat pelajar meneroka ilmu ini. Saya telah dijemput beberapa kali untuk menjadi panel pertandingan inovasi atau pembentangan projek akhir. Hasil pemerhatian saya:
- Ramai pelajar tidak menggunakan kemudahan sambungan penyesuai yang terdapat di papan Arduino Uno.
- Jika mereka menghadapi masalah teknikal, mereka kurang mahir untuk mengenal pasti masalah.
- Tiada rekaan tambahan untuk membantu mereka mengetahui status fungsi projek.
Hujung tahun lepas, Maker UNO telah dihasilkan oleh Cytron Technologies, sebuah papan Arduino Uno serasi. Ciri-ciri tambahan yang disertakan sangat kena dengan hasil pemerhatian saya diatas. Saya yakin, anda boleh belajar lebih mudah dengan Maker UNO.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315