Board Arduino Uno

Seperti yang saya katakan pada kiriman Cara Pilih Board Arduino, Arduino Uno adalah board yang paling popular. Ia digunakan oleh hampir semua yang baru mula belajar Arduino (newbie). Malah, setelah mereka mahir, mereka tetap menggunakan board Arduino Uno. Maka tidak hairan apabila disebut Arduino, ramai yang menganggap ia merujuk kepada Arduino Uno. Dek kerana populariti board ini berbanding board yang lain. Maka untuk kiriman ini, saya akan fokuskan tentang penerangan board Arduino Uno sahaja.

Board Arduino Uno R3

Arduino Uno ada board mikro-pengawal yang berasaskan ATmega328P. Umumnya board ini mempunyai:

  • 14 masukan/keluaran digital (6 daripadanya boleh digunakan sebagai keluaran PWM).
  • 6 masukan analog.
  • 16 MHz kristal kuarza.
  • Sambungan USB.
  • Sambungan jack kuasa.
  • Kepala (header) ICSP.
  • Butang menetapkan semula (reset).

Pendek kata, ia mengandungi litar lengkap untuk membolehkan mikro-pengawal berfungsi. Selain itu, perkataan “Uno” (bahasa Itali) bermaksud 1 dan juga dipilih untuk menandakan pelancaran Arduino IDE 1.0.

Pinout Board Arduino Uno

Antara perkara penting dalam mempelajari mikro-pengawal adalah anda perlu tahu fungsi setiap pin yang disediakan. Dengan itu, anda boleh merancang bagaimana untuk membuat sambungan terhadap modul atau komponen lain. Gambar berikut menunjukkan secara terperinci fungsi setiap pin dan bahagian pada board Arduino.

Arduino Uno Pinout

Spesifikasi Teknikal Board Arduino Uno

Mikro-pengawalATmega328P
Voltan Operasi5V
Kuasa Voltan Masukan (disyorkan)7 – 12V
Kuasa Voltan Masukan (had)6 – 20V
Pin Masukan dan Keluaran Digital14 (6 daripadanya boleh menghasilkan keluaran PWM)
Pin Digital PWM6
Pin Masukan Analog6
Arus setiap pin masukan keluaran20mA
Arus pada voltan 3.3V50mA
Memori Flash32 KB (ATmega328P) dimana 0.5 KB digunakan oleh bootloader
SRAM2 KB (ATmega328P)
EEPROM1 KB (ATmega328P)
Kelajuan Clock16 MHz
LED_BUILTIN13
Panjang68.6 mm
Lebar53.4 mm
Berat25 g

Dengan perkongsian ini, saya berharap ia dapat membantu anda untuk mengenali board Arduino Uno lebih baik. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari link berikut – Arduino Uno Rev3 daripada Arduino.cc

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *