Maker UNO adalah salah satu papan Arduino Uno serasi yang dihasilkan oleh syarikat tempatan, Cytron Technologies. Ianya direka khas untuk pelajar yang baru mula ingin belajar Arduino dengan kos yang minimum. Ada beberapa komponen atau fungsi daripada board asal Arduino Uno yang dibuang dan ada juga yang ditambah. Mengikut maklumat daripada Cytron Technologies, keputusan ini dibuat selepas mengambil kira maklum balas daripada cikgu-cikgu yang mengajar. Selain itu, ia juga disokong melalui pemerhatian terhadap penggunaan papan Arduino Uno oleh pelajar-pelajar. Walaubagaimanapun, cara mengaturcara papan Maker UNO masih sama dengan papan Arduino Uno. Malah banyak topik asas yang boleh dipelajari dengan hanya memiliki satu papan Maker UNO sahaja! Apalagi, jom ajak kawan-kawan belajar menggunakan Maker UNO.
Berikut adalah perbezaan ciri-ciri diantara papan Maker UNO dan Arduino Uno:
Kelebihan Papan Maker UNO
1. Susunan LED Daripada Pin 2 Hingga Pin 13
Maker UNO dilengkapi dengan susunan LED daripada pin 2 hingga pin 13. LED ini telah direka supaya ianya boleh dikawal sebagai keluaran dan juga boleh menjadi indikator kepada masukan. Cuba teka apa warna LED ini?
2. Butang Tekan Yang Boleh Diaturcara
Selain butang RESET, Maker UNO juga dilengkapi dengan 1 input butang tekan yang boleh diaturcara. Butang tekan ini disambung pada pin 2. Untuk menggunakannya, kita perlu mengkonfigurasi pin tersebut kepada INPUT_PULLUP.
3. Piezo Buzzer Untuk Menghasilkan Melodi
Pembelajaran akan lebih menarik dengan melodi. Oleh itu, piezo buzzer juga disertakan didalam board Maker UNO. Ianya disambung pada pin 8 melalui suis slide. Untuk menggunakannya, pastikan suis ditetapkan pada mod bunyi.
Komponen Atau Fungsi Pada Arduino Uno Yang Dibuang
Perlu diingat, Maker UNO tidak memiliki penyambung masukan kuasa daripada adapter, seperti yang terdapat di Arduino Uno. Ini kerana, kebanyakan pelajar tidak menggunakan fungsi ini didalam projek. Mereka lebih selesa menggunakan power bank atau hanya menyambung USB ke laptop sahaja. Dengan tindakan membuang penyambung adapter ini, ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan kos. Sekaligus pelajar boleh membeli dengan harga yang sangat mampu milik.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315