Selepas memasang perisian Arduino IDE, anda boleh cuba untuk muat naik pengaturcaraan Arduino. Langkah ini adalah untuk kita memastikan perisian dan papan Arduino berfungsi dengan baik. Kita tahu, Arduino sangat menitik beratkan tentang cara penggunaan yang menjadikan ia satu platform yang sangat mudah digunakan. Anda boleh ikuti 5 langkah dibawah.
Cara Muat Naik Kod Pengaturcaraan ke Papan Arduino Uno
1. Sambungkan Papan Arduino Uno ke Laptop
Anda memerlukan kabel USB Jenis B untuk menyambungkan papan Arduino Uno ke laptop anda.
2. Pengaturcaraan Arduino
Nama pun muat naik pengaturcaraan, jadi mestilah perlu ada kod pengaturcaraannya. Tetapi tidak bermakna anda kena tulis kod sendiri lagi-lagi jika anda baru mula belajar. Paling mudah buka contoh kod Blink. Buka Arduino IDE, kemudian klik pada File – Examples – 01.Basics – Blink
3. Pilih Jenis Papan Arduino
Ada banyak jenis papan Arduino yang boleh digunakan bersama Arduino IDE. Jadi kita perlu pilih papan yang kita guna dibawah menu board. Untuk papan Arduino Uno, klik pada Tools – Board – Arduino/Genuino Uno.
4. Pilih Port Untuk Papan Arduino
Selepas kita sambungkan papan Arduino Uno kita ke laptop, ia akan dikesan sebagai peralatan COM port. Pilih port yang merujuk kepada papan Arduino Uno kita. Klik pada Tools – Port – COM Arduino Uno.
5. Muat Naik Pengaturcaraan Arduino
Langkah terakhir adalah muat naik kod pengaturcaraan ke papan Arduino dengan klik pada butang pintas Upload. Jika anda tidak pasti yang mana satu butang Upload, anda boleh rujuk pada Pengenalan Arduino IDE. Sebaik saja butang Upload ditekan, ia akan memaparkan status “Compiling sketch…“. Jika tiada kesalahan pada kod pengaturcaraan, ia akan teruskan dengan “Uploading…“. Selesai Upload, ia memaparkan “Done uploading.“.
Selesai muat naik contoh kod Blink, anda akan lihat hasilnya pada papan Arduino anda. LED pada papan Arduino akan berkelip. Menyala 1 saat dan padam 1 saat. Ini menunjukkan kod pengaturcaraan berjaya dimuat naik ke papan Arduino. Baiklah, selepas ini kita boleh fokus kepada perkara lain, seperti membina kod pengaturcaraan sendiri. Jumpa lagi untuk kiriman selanjutnya. Terima kasih.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315