Cara Memasang Perisian Arduino IDE

Seperti yang kita tahu Arduino merupakan platform open-source. Selain daripada perkakasan (board Arduino), perisian Arduino juga adalah open-source. Oleh itu kita boleh memuat turun perisian Arduino secara percuma. Perisian Arduino dipanggal Arduino IDE. IDE bermaksud Integrated Development Environment. Jadi untuk kiriman kali ini, saya akan tunjukkan cara memasang perisian Arduino IDE.

Download Arduino IDE

Pergi ke website Arduino di www.arduino.cc/en/Main/Software untuk muat turun Arduino IDE. Pilih pakej pemasangan yang sesuai dengan sistem operasi laptop/PC anda. Untuk pengguna Windows, saya sarankan untuk muat turun pakej Windows Installer, for Windows XP and up.

Contribute to Arduino Software

Memandangkan perisian Arduino adalah percuma, pasukan Arduino menyediakan platform untuk pengguna Arduino memberi sumbangan. Sumbangan ini bertujuan membantu usaha mereka untuk terus memberi sokongan terhadap perisian Arduino. Anda boleh klik Contribute & Download untuk memberi sumbangan. Klik Just Download jika tiada sumbangan yang ingin diberikan.


Cara Memasang Perisian Arduino

1. Lancarkan Pemasangan Arduino IDE

  • Selesai muat turun perisian Arduino IDE, klik 2 kali (double click) pada arduino-X.X.X-windows.exe.
Cara Memasang Perisian Arduino

2. User Account Control

  • Anda akan terima popup window meminta kebenaran untuk meneruskan pemasangan ini. Pilih Yes.
Arduino IDE Install Permission

3. Arduino Setup: License Agreement

  • Anda boleh baca perjanjian lesen daripada Arduino ini. Untuk meneruskan pemasangan, klik pada I Agree.
Arduino IDE License Agreement

4. Arduino Setup: Installation Options

  • Tandakan di semua petak komponen yang ingin dipasang, kemudian klik Next.
Arduino IDE Installation Options

5. Arduino Setup: Installation Folder

  • Jika anda ingin mengubah lokasi pemasangan, anda boleh tetapkan disini. Saya galakkan untuk tidak mengubahnya. Seterusnya klik Install.
Arduino IDE Installation Folder

6. Arduino Setup: Installing

  • Pemasangan akan mengambil masa beberapa minit.

Arduino IDE Installing

7. Arduino Setup: Completed

  • Selesai pemasangan, klik Close.
  • Jika anda melakukan pemasangan ini pertama kali, anda perlu pasang beberapa perkara lagi selepas ini. Hanya ikut saja arahan dan pasang kesemuanya.
Arduino IDE Install Complete

8. Lancarkan Perisian Arduino IDE

  • Klik pada ikon Arduino untuk melancarkan perisian Arduino IDE.
Arduino Shortcut

9. Permulaan Pembukaan Perisian Arduino IDE

  • Ini akan mengambil masa beberapa saat. Walaubagimanapun bergantung kepada kebolehan laptop/PC anda.
Arduino IDE Initialize

10. Arduino IDE

  • Pemasangan perisian Arduino berjaya.
Arduino IDE Sketch

Kini perisian Arduino IDE anda sudah sedia. Langkah seterusnya adalah untuk menulis kod dan muat naik ke board Arduino Uno.

Leave a Reply

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *