Memasang Pemacu Maker UNO

Sama seperti papan Arduino Uno, kita juga perlu memastikan papan Maker UNO boleh dikesan oleh laptop kita. Maker UNO menggunakan cip CH340 sebagai alat untuk memuat naik kod pengaturcaraan, justeru kita perlu memasang pemacu Maker UNO pada laptop atau komputer.


Memasang Pemacu Papan Maker UNO

Pemasang Driver Maker UNO
1. Muat Turun Pemacu Maker UNO

Pastikan anda sambung papan Maker UNO ke laptop terlebih dahulu. Seterusnya muat turun driver CH34X di laman produk Maker UNO mengikut sistem operasi laptop anda.

Pasang Driver CH34X
2. Pasang Pemacu Maker UNO

Selesai muat turun, lancarkan fail pemacu dan klik butang INSTALL untuk pasangkannya.

  • Pasang Driver CH34X Berjaya
  • Maker UNO Device Manager
3. Pemasangan Pemacu Berjaya

Jika pemasangan berjaya, bagi sistem operasi Windows, papan Maker UNO anda akan dikesan sebagai peralatan USB-SERIAL CH340 (COMX*). Peralatan ini berada di kategori Ports (COM & LPT).

*X adalah mewakili nombor, tidak semestinya nombor 3.

Port Maker UNO
4. Semak Port Maker UNO di Arduino IDE

Seterusnya, anda boleh menyemak nombor COM pada perisian Arduino IDE. Pastikan nombor tersebut merujuk pada papan Maker UNO anda. Jika anda keliru kerana mempunyai perlalatan COM lebih daripada satu, anda boleh mengenal pasti dengan menanggalkan papan Maker UNO, dan lihat nombor COM mana yang hilang. Kemudian sambung semula, dan lihat nombor COM mana yang muncul semula.

Kini papan Maker UNO anda sudah sedia untuk diprogram. Selepas ini kita akan cuba untuk muat naik kod pengaturcaraan ke Maker UNO sama seperti muat naik pengaturcaraan Arduino.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply