Selepas kita faham konsep mengawal pin keluaran digital, kita boleh mula belajar membaca pin masukan digital. Ini kerana untuk memastikan kita berjaya membaca isyarat pin masukan, kita perlu ada indikator untuk membuktikannya. Jadi, indikator ini kita boleh mempraktikkan semula, pengetahuan yang kita dapat daripada topik mengawal pin keluaran digital.
Sama seperti topik mengawal pin keluaran digital, ia mempunyai 2 keadaan sahaja seperti tekan atau lepas, HIGH atau LOW. Bezanya adalah isyarat tersebut dihasilkan daripada komponen luar dan masuk ke mikropengawal. Di Maker UNO, terdapat 1 butang tekan terbina yang boleh menghasilkan isyarat masukan digital. Butang tekan ini bersambung dengan pin 2. Untuk menggunakannya kita perlu tetapkan mod pin kepada INPUT_PULLUP.
Ulangkaji:
Contoh Kod Pengaturcaraan
Walaupun hanya menggunakan 1 butang tekan yang terdapat di Maker UNO, melalui pengaturcaraan, kita boleh pelbagaikan cara penggunaannya.
1. Tekan LED Menyala, Lepas LED Padam
Ini adalah cara paling asas. Bagi menyalakan LED, anda perlu tekan dan tahan butang tekan. Apabila dilepaskan, LED akan terpadam.
2. Tekan Sekali LED Menyala, Tekan Lagi Sekali LED Padam
Bila kita nak kawal LED atau lampu, mestilah kita nak dia sentiasa menyala tanpa kita tekan butang kan? Jadi untuk contoh kali ini, anda perlu tekan dan lepas untuk menyalakan LED. Ulang lagi sekali untuk padamkan LED.
3. Tekan Sekali LED Menyala, Tekan Lagi Sekali LED Berkelip, Tekan Lagi Sekali LED Padam
Aplikasi ini lebih mencabar, dimana terdapat 3 mod LED dihasilkan melalui hanya 1 butang tekan. Cara gunakannya sama seperti nombor 2, cuma ia ada mod ke 3 iaitu kelip. Anda boleh cuba kod pengaturcaraan ini untuk lihat hasilnya.
Ubah Kod Pengaturcaraan
Anda boleh cuba untuk mengubah pin LED 9 kepada nombor yang lain dari 3 hingga 13. Jika anda ingin sedikit mencabar, anda boleh menulis kod mengawal beberapa LED untuk menyala serentak. Jika berjaya, anda boleh kongsikan link video di ruangan komen.
Jadi sampai disini dahulu. Rasanya cukup lah 3 contoh kod pengaturcaraan bagi topik membaca pin masukan digital ini. Perkara yang lebih penting adalah anda faham bagaimana kod ini berfungsi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315