Sekitar EPEX 2019 di Politeknik Mersing

EPEX adalah singkatan daripada Electrical Project Exhibition. Ia adalah pameran projek tahun akhir yang terpilih. Saya telah dijemput untuk menjadi juri bagi menentukan projek yang terbaik diantara yang terbaik. Untuk kali ini sebanyak 9 projek dibentangkan oleh pelajar-pelajar.

  1. Mini Etching Machine
  2. Motor Vehicle Track Hack System
  3. Smart Blind Stick
  4. Portable Lawnmower
  5. Manual Robot for Robocon 2019
  6. Hand Gesture Wheelchair
  7. Solar Application
  8. D.L.O Wireless (Downlight Opener)
  9. Automatic Car Jack

Galeri Projek EPEX 2019

Berikut adalah ringkasan berkenaan projek-projek yang dibentangkan.

1. Mini Etching Machine

Projek ini sesuai untuk anda yang membina papan litar bercetak. Selesai membuat rekaan litar, anda perlu ke proses fabrikasi untuk menghasilkan papan litar bercetak. Proses etsa (etching) adalah salah satu proses didalam fabrikasi. Proses ini melibatkan penggunaan bahan kimia dan agak memakan masa. Selalunya kita akan letakkan papan litar bercetak tersebut didalam bekas, berserta cecair kimia. Kemudian kita akan goncangkan perlahan-lahan untuk menanggalkan tembaga pada papan tersebut.

Dengan menggunakan projek ini, proses etsa akan dilakukan oleh mesin ini. Kita hanya perlu masukkan papan dan cecair kimia ke dalam bekas yang disediakan. Tetapkan masa dan kelajuan goncangan. Biarkan hingga siap. Mudah bukan? Malah berdasarkan maklumat yang diterima, pelajar ini berjaya menjana duit dengan mengenakan bayaran kepada pelajar yang ingin menggunakan perkhidmatan ini.

2. Motor Vehicle Track Hack System

Projek ini bertujuan untuk menjejaki kenderaan. Didalam penbentangan, pelajar memasang alat ini pada motosikal. Projek ini menggunakan Arduino Uno sebagai alat pengawal, GSM untuk menerima atau menghantar SMS, GPS untuk mengesan lokasi dan modul relay untuk mematikan enjin motosikal.

3. Smart Blind Stick

Projek ini sesuai digunakan oleh orang buta. Ia dilengkapi dengan sensor pengesan objek dan penggera. Apabila tongkat ini berdekatan dengan objek halangan, penggera akan berbunyi untuk memberi amaran.

4. Portable Lawnmower

Projek ini sama seperti mesin pemotong rumput dipasaran, cuma kelebarannya lebih kecil sesuai untuk memasuki ruang yang sempit. Selain itu, ia juga memaparkan voltan bateri untuk rujukan pengguna.

5. Manual Robot for Robocon 2019

Saya adalah bekas peserta Robocon, jadi bila tengok projek ni, ada perasaan teruja sikit. Projek ini memang dibina untuk pertandingan Robocon 2019. Ia menggunakan konsep pergerakan omni dan teknologi pneumatik.

6. Hand Gesture Wheelchair

Projek ini sesuai untuk OKU (Orang Kelainan Upaya). Kerusi roda ini boleh dikawal melalui pergerakkan tangan. Ada 4 pergerakan yang boleh dilakukan iaitu ke depan, ke belakang, ke kiri dan ke kanan.

7. Solar Application

Projek ini menunjukkan penggunaan solar bagi menjimatkan penggunaan elektrik dirumah. Panel solar akan digunakan untuk mengecas bateri seterusnya membekalkan tenaga ke peralatan elektrik. Selain itu, peralatan elektrik boleh dikawal menggunakan aplikasi pada telefon pintar melalui internet.

8. D.L.O Wireless (Downlight Opener)

Apabila saya lihat projek ini, saya teringat ayah saya menukar mentol rumah. Perlu memanjat tangga, kalau tak ada tangga, panjat meja atau kerusi. Proses tukar mentol itu mudah tetapi leceh. Dengan projek ini, kita boleh menanggal dan memasang mentol dengan mudah. Ia juga dilengkapi dengan LED bagi memudahkan proses penukaran mentol pada keadaan gelap. Saya agak teruja melihat idea projek ini. Untuk makluman, projek ini satu-satunya yang tidak menggunakan mikropengawal.

9. Automatic Car Jack

Projek ini membolehkan kita untuk mengangkat kereta (car jack) menggunakan tenaga elektrik. Ia menggunakan motor berkuasa tinggi, serta bateri sebagai bekalan tenaga. Ia disertai dengan sebuah kotak yang dilengkapi dengan peralatan asas untuk membuka tayar.

EPEX 2019 Politeknik Mersing

Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply