Hantu Takut Pada Teknologi?

Pernah tak anda duduk atau tinggal seorang didalam bilik, ofis, atau kelas, dan tiba-tiba lampu terpadam dan menyala semula? Ataupun pintu gelongsor automatik tiba-tiba terbuka sendiri? Atau loceng tanpa wayar tiba-tiba bunyi tanpa ada orang menekan butang di luar? Pastinya perkara pertama yang terlintas difikiran adalah hantu. Perkara paling mudah untuk otak kita mengiyakan segala perkara tidak masuk akal yang berlaku didepan mata. Mungkin anda perlu tonton video berikut untuk membuka kotak pemikiran anda.

Saya dulu juga mempunyai mentaliti seperti yang dinyatakan diatas. Bukan bermaksud saya menidakkan alam ghaib. Cuma, cara kita berfikir mungkin akan berbeza selepas kita mempelajari ilmu berkenaan teknologi.

1. Pintu Gelongsor Terbuka Sendiri

Jika anda pernah mengantara muka dengan penderia, sistem anda terdedah dengan gangguan isyarat. Punca gangguan isyarat boleh datang daripada pendawaian yang kurang baik, kesan elektro-magnatik daripada motor atau mungkin kesilapan daripada pengaturcaraan.

2. Loceng Tanpa Wayar Berbunyi Sendiri

Sama juga untuk kes ini. Sistem tanpa wayar juga terdedah kepada gangguan isyarat. Kita boleh mengatasi masalah ini dengan meningkatkan kualiti perkakasan dan juga pengaturcaraan yang tersusun.

Jadi, apa yang perlu kita lakukan apabila berhadapan dengan situasi seram sebegini? Bolehlah kita kaitkan dengan teknologi supaya kita menjadi lebih berani.

…jangan lupa diiringi dengan bacaan surah-surah Al-Quran…


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply