Robocon Malaysia 2019 Sejarah Baru

Pertandingan Robocon Malaysia 2019 dengan bertemakan Satu Langkah Seribu Lonjakan, kali ini telah dijalankan pada 5 hingga 7 April 2019 di Dewan Sri Sarjana UNITEN. Alhamdulillah saya berkesempatan menghadiri pertandingan robotik berprestij ini untuk ketiga-tiga hari. Pertandingan ini telah disertai 34 pasukan mewakili Kolej, Politeknik dan Universiti di seluruh negara. Berikut adalah senarai pasukan yang terlibat.

  • UMP (Universiti Malaysia Pahang)
  • APU (Asia Pacific University)
  • UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
  • UNIMAP (Universiti Malaysia Perlis)
  • UM (University if Malaya)
  • UMT (Universiti Malaysia Terengganu)
  • MMU MELAKA (Multimedia Universiti Melaka)
  • UPM (Universiti Putra Malaysia)
  • UITM SA (Universiti Teknologi MARA Shah Alam)
  • POLI PD (Politeknik Port Dickson)
  • IIUM (International Islamic University Malaysia)
  • UNITEN (Universiti Tenaga Nasional)
  • KOGAS (Pusat Latihan Teknologi Tinggi Kulim)
  • UMS (Universiti Malaysia Sabah)
  • UTP (Universiti Teknologi Petronas)
  • GMI (German-Malaysian Institute)
  • UTEM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
  • UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
  • USM (Universiti Sains Malaysia)
  • ADTEC SA (Pusat Latihan Teknologi Tinggi Shah Alam)
  • UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman)
  • UPNM (Universiti Pertahanan Nasional Malaysia)
  • TARC (Tunku Abdul Rahman University College)
  • POLI MERSING (Politeknik Mersing)
  • MMU CYBER (Multimedia University Cyberjaya)
  • UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
  • TATIUC (TATI University College)
  • ILP MERSING (Institut Latihan Perindustrian Mersing)
  • UITM PP (Universiti Teknologi MARA Pulau Pinang)
  • UNISZA (Universiti Sultan Zainal Abidin)
  • KOKOS (Kolej Komuniti Segamat)
  • IUKL (Infrastructure University Kuala Lumpur)
  • PUO (Politeknik Ungku Omar)
  • UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
Robocon Malaysia 2019

Tema Robocon 2019

Bagi anda yang tidak tahu berkenaan pertandingan Robocon, ia adalah pertandingan robotik yang mempunyai tema tahunan yang berbeza. Tahun ini, tema pertandingan dibuat oleh negara Mongolia. Setiap pasukan dikehendaki membina robot berdasarkan tema yang ditetapkan. Kemudian, pertandingan perlu diadakan di peringkat kebangsaan, dan juara akan mewakili negara untuk ke peringkat Asia Pasifik.

💡 Tahukah Anda? Jika anda mengikuti perkembangan pertandingan Robocon Malaysia, semenjak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 2002, hampir kesemua kejuaraan di sandang oleh pasukan UTM. Malah, sejak dari tahun 2010 sehingga 2018 (2010, 2011, 2012, 2013 dan 2018), 5 pertandingan ini telah dimenangi oleh Raja Robocon Malaysia, UTM berturut-turut. Walaubagaimanapun, sejarah baru tercipta pada tahun ini apabila pasukan dari USM (Universiti Sains Malaysia) buat pertama kalinya berjaya dinobatkan sebagai juara Robocon Malaysia!

Keputusan Robocon Malaysia 2019

🎁 Pemenang Utama Robocon Malaysia 2019:
  • Johan: USM (Universiti Sains Malaysia)
  • Naib Johan: UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
  • Tempat ke-3: UPM (Universiti Putra Malaysia)
  • Tempat ke-4: UMS (Universiti Malaysia Sabah)
🎁 Pemenang Saguhati Robocon Malaysia 2019:
  • MMU MELAKA (Multimedia University Melaka)
  • UTAR (Universiti Tunku Abdul Rahman)
  • ILP MERSING (Institut Latihan Perindustrian Mersing)
  • PUO (Politeknik Ungku Omar)
🎁 Rekabentuk Terbaik:
  • IUKL (Infrastructure University Kuala Lumpur)
🎁 Kejuteraan Terbaik:
  • UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
🎁 Acara sampingan: Robot Legged Race:
  • Johan: UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
  • Naib Johan: UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
  • Tempat ke-3: IIUM (International Islamic University Malaysia)
Keputusan Robocon Malaysia 2019

Aksi-aksi Menarik Sepanjang Pertandingan Robocon Malaysia 2019

1. Robot Automatik Paling Comel

Saya ingin anugerahkan robot automatik paling comel ini kepada pasukan MMU MELAKA. 😄 Walaupun comel, ia masih mampu menyumbangkan mata kepada pasukan.

2. Robot Automatik “Slow And Steady”

Semasa pertama kali saya melihat robot automatik UPM mula melangkah, saya teringat babak cerita kartun animasi Monsters University ketika di perpustakaan, “Slow And Steady!”.

3. Robot Kawad Kaki

Hentakan robot automatik daripada pasukan USM ini memang menggerunkan, seperti pasukan kawad kaki yang garang.

4. Percubaan UUKHAI

Ini adalah satu-satunya perlawanan yang hampir disempurnakan oleh Raja Robocon Malaysia UTM untuk dapatkan UUKHAI. Hanya kurang 2 saat!

5. Perlawanan Paling Mendebarkan

Semestinya, perlawanan akhir adalah perlawanan yang paling mendebarkan.

🤖 Anda boleh layari senarai video pertandingan Robocon Malaysia 2019 untuk menonton perlawanan-perlawanan Robocon Malaysia 2019 yang lain.

Tahniah!

Tahniah kepada semua pemenang Robocon Malaysia 2019. Kepada pasukan yang tewas, jangan pernah menyerah kalah dan usaha lebih gigih lagi untuk tahun hadapan. In Shaa Allah saya akan cuba berkongsi idea berkenaan pertandingan Robocon Malaysia pada kiriman yang lain.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply