Apa Itu MicroPython REPL?

REPL bermaksud read-eval-print loop, ia adalah salah satu ciri yang terdapat dalam programming language Python. Dimana kod yang ditulis akan dijalankan pada masa yang sama. REPL di MicroPython dinamakan sebagai MicroPython Interactive Interpreter Mode.

Belajar Kod Pengawal Mikro Lebih Mudah Dengan MicroPython REPL

Kenapa saya katakan ciri ini sangat membantu newbie atau beginner untuk mempelajari kod di pengawal mikro? Selain dapat melihat hasil setiap baris kod, untuk memahami kod pengaturcaraan kita perlu mencuba lebih banyak contoh. Jadi ciri ini membolehkan anda melakukannya dengan mudah dan cepat. Untuk lebih mudah, saya ada tunjukkan demo pada video berikut.

Jadi melalui REPL, anda boleh lakukan lebih banyak quick test seperti membaca data sensor, kawal motor servo, atau cek address I2C. Jadi bagaimana? Tuliskan pandangan anda diruangan komen.


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏

Leave a Reply