7 Fakta Menarik Robocon Malaysia 2019

Selepas menonton ke semua video perlawanan Robocon Malaysia 2019, terdapat 7 fakta menarik dan beberapa statistik berkenaan rekaan robot yang ingin saya kongsikan. Perlu diingat, tulisan ini adalah pendapat peribadi sahaja.

Fakta Menarik Robocon Malaysia 2019

7 Fakta Menarik Sepanjang Robocon Malaysia 2019

1️⃣ Pertandingan Robocon pertama yang menggunakan konsep pergerakan berkaki pada robot automatik.

2️⃣ Tema dan syarat Robocon paling susah dan tiada pasukan berjaya melengkapkan misi UUKHAI sepanjang pertandingan berlangsung.

3️⃣ Daripada 34 pasukan, hanya 1 pasukan yang sempat menggunakan mekanisma pada robot manual untuk angkat dan campak objek SHAGAI, iaitu pasukan UTM.

4️⃣ Hanya robot automatik pasukan UTM sahaja dapat merasa mendaki bukit URTUU bagi usaha menyempurnakan UUKHAI.

5️⃣ ILP MERSING dan PUO adalah pasukan bukan Universiti yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.

6️⃣ USM adalah pasukan yang paling konsisten dengan bertanding 7 perlawanan dan mencatat markah 100 untuk setiap perlawanan.

7️⃣ USM mencatat kejohanan pertama dalam pertandingan Robocon Malaysia semenjak ia mula dianjurkan pada tahun 2002.

Statistik Markah Maksimum 📊

Markah paling tinggi pernah diperoleh adalah 250UTM
Hanya 2 kumpulan yang berjaya mendapat markah maksimum 100USM, UPM
Sebanyak 9 pasukan berjaya mendapat markah maksimum 70GMI, ILP MERSING, MMU CYBER, MMU MELAKA, PUO, TATIUC, UMS, UNIMAP, UTAR
Sebanyak 16 pasukan berjaya mendapat markah maksimum 40ADTEC SA, IIUM, KOGAS, KOKOS, POLI MERSING, POLI PD, TARC, UITM PP, UKM, UMP, UMT, UNISZA, UPNM, UTEM, UTHM, UTP
Sebanyak 3 pasukan berjaya mendapat markah maksimum 20APU, UITM SA, UPSI
Terdapat 3 pasukan yang tidak berjaya mendapat sebarang markahIUKL, UM, UNITEN

Statistik Robot Manual 📊

1. Cara Robot Bergerak 🤖
Sebanyak 14 pasukan menggunakan 4 motor, 4 tayar omni dan melakukan pergerakan omniADTEC SA, APU, GMI, IIUM, KOGAS, MMU CYBER, POLI MERSING, PUO, TARC, UITM SA, UMP, UNITEN, UPM, UTM
Sebanyak 3 pasukan menggunakan 3 motor, 3 tayar omni dan melakukan pergerakan omniMMU MELAKA, UNISZA, UTP
Sebanyak 14 pasukan menggunakan 4 motor, 4 tayar mecanum dan melakukan pergerakan omniILP MERSING, IUKL, KOKOS, POLI PD, TATIUC, UITM PP, UKM, UMS, UMT, UNIMAP, UPNM, UTAR, UTEM, UTHM
Sebanyak 3 pasukan menggunakan 2 motor, 4 tayar dan melakukan pergerakan differential driveUM, UPSI, USM
2. Alat Kawalan Jauh 🎮
Sebanyak 21 pasukan menggunakan alat kawalan jauh tanpa wayarADTEC SA, APU, IIUM, IUKL, KOGAS, KOKOS, MMU CYBER, MMU MELAKA, POLI PD, TARC, TATIUC, UITM SA, UMP, UMS, UMT, UPM, USM, UTEM, UTHM, UTM, UTP
Sebanyak 12 pasukan menggunakan alat kawalan jauh berwayarGMI, ILP MERSING, POLI MERSING, PUO, UITM PP, UKM, UM, UNIMAP, UNISZA, UNITEN, UPNM, UPSI, UTAR

Statistik Robot Automatik 📊

1. Jumlah Tapak Pada Kaki Robot Automatik 🤖
Sebanyak 25 pasukan menggunakan 4 tapak pada 4 kaki Robot AutomatikADTEC SA, APU, GMI, IIUM, IUKL, MMU CYBER, MMU MELAKA, POLI MERSING, PUO, TARC, TATIUC, UITM PP, UITM SA, UKM, UMP, UMS, UMT, UNISZA, UNITEN, UPNM, UPSI, UTAR, UTHM, UTM, UTP
Sebanyak 8 pasukan menggunakan 8 tapak pada 4 kaki Robot AutomatikILP MERSING, KOGAS, KOKOS, POLI PD, UNIMAP, UPM, USM, UTEM

Tak banyak analisis yang boleh dibuat akibat penglihatan yang agak terhad di kerusi penonton. Saya berharap statistik ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk menilai dimana tahap robot anda sekaligus menaik taraf ke peringkat seterusnya. Harapan saya semoga suatu hari nanti, semua pasukan boleh bersaing dengan lebih hebat dan setaraf. Ketika itu, keadaan riuh daripada penyokong masing-masing kekal segar dari peringkat kumpulan sehingga ke peringkat akhir. Majulah Robot Untuk Negara! 😁


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply