Memasang Pemacu Papan ESP32

Memasang pemacu papan ESP32 bertujuan untuk memastikan laptop atau komputer kita boleh mengesan papan ESP32. Seterusnya membolehkan kita untuk memuat naik kod pengaturcaraan dan menggunakan Serial Monitor. Memandangkan terdapat beberapa jenis papan ESP32, jadi saya akan kongsikan pemacu apa yang perlu dipasang.


Pemacu Cip CP210x

Bagi papan NodeMCU ESP32, Node32 Lite, Nano32 dan papan lain seperti dalam gambar, ia menggunakan pemacu cip CP210x. Anda boleh muat turun di laman web Silicon Labs. Kemudian ikuti langkah-langkah dibawah.

Papan ESP32
Muat Turun Pemacu CP210x
1. Muat Turun Pemacu CP210x

Pastikan anda muat turun fail pemacu mengikut sistem operasi laptop atau komputer anda. Sebagai contoh, saya menggunakan Windows 10.

Letakkan Didalam Folder Baru
2. Letakkan Didalam Folder Baru

Selesai muat turun, buat satu folder baru dan letakkan fail pemacu tadi didalamnya. Langkah ini bagi memastikan fail tidak bersepah. Seterusnya ekstrak fail tadi. Anda boleh gunakan perisian percuma 7-zip.

Ekstrak Fail Pemacu CP210x
3. Jalankan Fail Pemacu CP210x

Selesai ekstrak, akan terdapat beberapa fail baru akan muncul. Klik 2 kali pada fail pemasang, pastikan anda pilih mengikut spesifikasi laptop anda seperti 32-bit atau 64-bit. Sebagai contoh laptop saya adalah 64-bit, jadi saya jalankan fail CP210xVCPInstaller_x64.

Pengesahan Fail Pemacu CP210x
4. Pengesahan Pemasangan Pemacu CP210x

Klik Yes untuk meneruskan pemasangan.

Pasang Fail Pemacu CP210x
5. Memasang Pemacu Cip CP210x

Klik Next, pemasangan pemacu papan ESP32 ini atau cip CP210x, mengambil masa kurang daripada 1 minit.

Selesai Pemasangan Pemacu CP210x
6. Selesai Pemasangan Pemacu CP210x

Pemasangan pemacu CP210x selesai. Klik pada butang Finish.

Device Manager Pemacu CP210x
7. Semak Pemacu CP210x di Device Manager

Untuk memastikan pemasangan berjaya, pasangkan papan ESP32 anda, seterusnya buka Device Manager. Semak nombor COM dibawah kategori Ports (COM & LPT).

Pemacu Cip FT231x

Bagi papan yang menggunakan pemacu cip FTDI seperti Sparkfun ESP32 Thing, anda boleh muat turun di laman web FTDI Chip. Konsep pemasangan sama sahaja seperti diatas. Pastikan anda pilih pemacu berdasarkan sistem operasi laptop atau komputer anda.

SparkFun ESP32 Thing

Bagi membolehkan kita ke pembelajaran seterusnya iaitu muat naik kod pengaturcaraan, pastikan papan ESP32 anda boleh dikesan. Jadi sampai disini dahulu, semoga bermanfaat.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply