Ilmu mikropengawal dan pengaturcaraan semakin mendapat tempat di masyarakat Malaysia. Terkini, silibus berkenaan ilmu ini sudah mula diserap masuk ke peringkat sekolah dibawah subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Pelajar didedahkan tentang asas elektronik, pengaturcaraan dan diakhiri dengan membina projek ringkas. Bagi saya ini adalah satu usaha yang sangat baik seiring dengan teknologi dunia yang semakin meningkat naik. Saya juga ingin menyumbang sekadar ilmu yang saya ada ini demi generasi yang akan datang. Oleh itu saya mewujudkan satu kategori baru iaitu Belajar micro:bit.
Berikut adalah topik-topik yang akan disentuh didalam blog ini bagi kategori Belajar micro:bit.
Pengenalan micro:bit
- Apa itu micro:bit?
- Senarai Perisian micro:bit
- Perisian micro:bit MakeCode
- Muat Naik Pengaturcaraan micro:bit
Asas micro:bit
- Blok Asas
- Blok Masukan
- Blok Muzik
- Blok LED
…akan ditambah dari masa ke semasa…