Apa Itu micro:bit?

Papan pengawal micro:bit sudah mula diajarkan di sekolah rendah di bawah subjek Reka Bentuk Teknologi. Apa itu micro:bit?

Sekitar tahun 2002 hingga 2010, pengawal mikro yang popular ketika itu adalah PIC. Kemudian pada tahun 2010, nama Arduino mula naik di Malaysia, dan sekarang micro:bit pula mula mendapat tempat. Apa itu micro:bit? Sama seperti Arduino, ia adalah papan pengawal mikro yang dihasilkan oleh BBC (British Broadcasting Corporation) untuk mengajar Sains Komputer di UK (United Kingdom). Program ini mula dilancarkan pada tahun 2015 dengan sasaran mengedarkan 1 juta papan micro:bit kepada rakyat UK. Berbeza dengan Arduino, micro:bit memfokuskan kepada pengaturcaraan jenis visual blok dan Python, menjadikannya lebih mudah untuk kanak-kanak. Mungkin disebabkan ini, populariti micro:bit cepat tersebar ke seluruh dunia.

Apa Itu Microbit

Selain daripada kelebihan pengaturcaraan, papan micro:bit juga mempunyai ciri-ciri menarik seperti berikut.

Ciri-ciri Papan micro:bit

Susunan Komponen Pada Papan Microbit
Susunan komponen pada papan micro:bit.
USB connectorPapan micro:bit menggunakan sambungan USB jenis mikro B. Jadi untuk mengakses papan ini, anda perlukan kabel USB mikro B.
25 LED lightsTerdapat 25 LED yang disusun dalam bentuk matrik 5×5.
2 buttons2 butang tekan disediakan sebagai komponen isyarat masukan.
battery socket2 unit bateri AA atau AAA boleh dibekalkan ke sambungan ini dan menjadikan papan micro:bit mudah alih.
reset buttonApabila butang ini ditekan, program akan mula semula.
radio & Bluetooth antennaPapan ini dilengkapi dengan teknologi tanpa wayar iaitu radio 2.4G dan Bluetooth.
processorPapan micro:bit dikuasakan oleh cip Nordic Semi nRF51822 32-bit ARM Cortex-M0 dengan kelajuan 16MHz.
compassPenderia kompas boleh digunakan untuk menentukan sesuatu arah.
accelerometerPenderia accelerometer boleh mengesan orientasi papan seperti condong, jatuh dan gegaran.
edge connector for accessoriesTerdapat pin-pin lebihan yang boleh disambung ke papan tambahan untuk menghasilkan pelbagai aplikasi lain yang menarik.

Selain daripada gambar diatas, papan micro:bit juga boleh mengesan suhu dan cahaya. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang saiz, bentuk dan apa itu micro:bit, mungkin video ini boleh membantu.

Jenis Papan micro:bit

Jika Arduino mempunyai banyak jenis papan, micro:bit pula hanya ada 1 jenis sahaja setakat ini. Ia sangat bagus untuk pelajar kerana tidak perlu memeningkan kepala membuat keputusan memilih papan mana untuk mula belajar.

DSKP RBT Untuk Darjah 5 dan 6

Berita baik untuk cikgu dan pengajar, pihak Akademi Arus telah membina modul khas untuk mengajar topik micro:bit mengikut DSKP Reka Bentuk Teknologi darjah 5 dan 6.


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏

Leave a Reply