EDU:BIT Kit Belajar micro:bit

EDU:BIT Kit Belajar micro:bit adalah produk pertama yang direka oleh Cytron Technologies untuk platform micro:bit. Ia dilancarkan pada 8 Ogos 2020, hari Sabtu jam 8:30 malam secara live di Youtube dan Facebook. Saya ada sertakan video Youtube dibawah jika anda berminat untuk tonton semula.

Apa Itu EDU:BIT Kit Belajar micro:bit?

EDU:BIT adalah kit yang memfokuskan kepada pembelajaran micro:bit. Ia dilengkapi dengan buku, templat, papan EDU:BIT dan aksesori seperti wayar, motor servo, alat pemutar skru dan lain-lain.

EDU:BIT Kit Belajar micro:bit
Barangan yang terdapat dalam kit EDU:BIT

Ia sangat sesuai dijadikan sebagai kit latihan di sekolah atau di tempat latihan robotik. Untuk makluman (sekadar yang saya tahu), tahun depan, 2021, Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan topik pengawal mikro dibawah subjek Reka Bentuk dan Teknologi untuk darjah 5. Papan micro:bit akan digunakan sebagai pengawal mikro.

Susunan Papan EDU:BIT

Mari kita kenal produk EDU:BIT dengan lebih dekat melalui spesifikasi dan susunan papan EDU:BIT.

  • Piezo buzzer with audio jack
  • Sound sensor
  • Potentiometer
  • IR sensor
  • 4x Programmable RGB LEDs
  • 3x Big LEDs (traffic light module – red, yellow green)
  • 2x Push buttons
  • 3x ports for servo motors
  • 2x ports for DC motors
  • Port for I2C Interface (3.3V)
  • Dimension: 157.50 mm x 124.50 mm x 19.00 mm

Pandang Pertama Produk EDU:BIT

Ingin tahu lebih terperinci apa yang terdapat dalam kotak EDU:BIT? Jom tonton video ini. Pandang pertama produk EDU:BIT daripada adik Alia Maisarah. 😊

Jika anda berminat untuk dapatkan produk ini, pihak Cytron Technologies telah menawarkan 3 variasi:

[1] Satu kit EDU:BIT lengkap dengan papan pengawal micro:bit. 👇

[2] Anda sudah memiliki micro:bit dan ingin mencuba EDU:BIT. Anda boleh dapatkan kit ini dengan harga yang lebih murah. 👇

[3] Sesuai untuk sekolah atau tempat latihan robotik. 1 kit EDU:BIT diberikan secara percuma! 👇


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply