Sekitar EduBlogger Meetup #2

Pandangan daripada seorang bukan cikgu di EduBlogger Meetup #2. Kita perlukan lebih ramai pendidik yang kreatif menggunakan teknologi untuk berkongsi ilmu!

Saya dijemput ke EduBlogger Meetup #2 oleh seorang cikgu di Facebook, Cikgu Siber. Saya kurang pasti kenapa saya dijemput kerana saya bukan cikgu 😅. Blog saya pun tidaklah segah mana, baru setahun jagung. Selepas membaca poster yang dikongsikan, saya rasa seperti ada kaitan dan ya saya berminat. Dengan yuran yang “mampu bayar”, saya terima pelawaan tersebut, cuma yang menjadi sedikit penghalang adalah kerana ia dibuat di KL. Saya tak berapa suka berjalan di KL! 😂

  • EduBlogger MeetUp 2

Sebelum saya berkongsi tentang pengalaman saya sepanjang 2 hari menyertai perjumpaan ini, lebih baik kita tahu apa itu EduBlogger Meetup?

Apa Itu EduBlogger Meetup?

EduBlogger Meetup adalah inisiatif persendirian daripada cikgu-cikgu yang suka berkongsi cara pembelajaran melalui blog. Perjumpaan ini adalah kali yang ke-2 dan cikgu-cikgu yang hadir bukan calang-calang. Kenapa saya kata begitu? Kerana sekadar yang saya tahu, mereka datang dengan duit sendiri, semata-mata minat dan semangat yang mendalam. Terbaik! 👍

Hari Pertama – 4 Disember 2019

Perjumpaan ini diadakan di Bilik Latihan Apple, dalam bangunan CIMB, KL. Setiap seorang disediakan iPad Pro 2016 dan Apple Pencil.

  • Apple Training Banner
  • iPad Pro 2016
  • Apple Pencil

Program dimulakan dengan perkongsian berkenaan pendidikan melalui teknologi. Bagaimana seorang pelajar boleh menyiapkan tugasan yang pelbagai hanya menggunakan sebuah iPad. Bukan hanya sekadar “melakukan tugasan”, tetapi melangkaui tugasan tersebut dengan hasil yang sangat menarik. Berbeza di Malaysia, ramai ibu bapa yang memberikan iPad kepada anak untuk “mendiamkan” mereka. Ini satu penggunaan yang salah disisi teknologi dan perlu diberi perhatian.

Pendidikan Melalui Teknologi

Seterusnya perkongsian daripada Cikgu Hailmi mengenai pengalaman beliau membina blog www.cikguhailmi.com. Saya sudah mengenali Cikgu Hailmi pada tahun 2014 melalui blog ini yang dibina pada tahun 2012. Kini jumlah kiriman pada blog tersebut melebihi 1500 dan berjaya meraih tontonan sehingga angka jutaan dan beribu bacaan sehari. Banyak anugerah telah dimenangi oleh beliau. Saya doakan semoga usaha ini dapat memberi inspirasi kepada cikgu-cikgu yang lain.

Edublogger Meetup #2 Cikgu Hailmi

Disebelah petang, diadakan sesi belajar menggunakan iPad dan Apple Pencil. Aplikasi yang digunakan adalah Keynote. Gambar dibawah adalah hasilnya.

  • Belajar Keynote Apple Pencil
  • Belajar Keynote

Hasil dalam bentuk fail GIF.

Hari Kedua – 5 Disember 2019

Hari kedua dimulakan dengan sesi forum oleh cikgu-cikgu blogger yang berpengalaman:

EduBlogger Meetup #2 Sesi Forum
Sesi Forum. Gambar daripada Cikgu Azizah

Kemudian, diteruskan ke sesi blogging jam. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan dan kumpulan saya terdiri daripada cikgu-cikgu yang sudah memiliki blog.

  • Sesi Blogging Jam
  • Selesai Sesi Blogging Jam

Seterusnya, perkongsian 10 minit daripada cikgu-cikgu yang berpengalaman dalam dunia blog.

Dan diakhiri dengan cabutan bertuah. Alhamdulillah semuanya bertuah. 😁

Sesi Cabutan Bertuah

Program tamat pada jam 5 petang dan semuanya berjalan dengan baik. Antara perkara yang saya suka tentang perjumpaan ini:

  1. Ini kali pertama saya lihat setiap peserta “dihidangkan” dengan iPad dan Apple Pencil. Pembentangan menggunakan AirPlay menjadikan tiada masa terbuang untuk setup.
  2. Selalu saya mendengar keluhan cikgu kerana banyak kerja. Tetapi cikgu-cikgu disini sangat proaktif dan positif. Mereka melihat blog sebagai satu kelebihan untuk mereka berkongsi ilmu dengan kreatif. Salute!

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Cikgu Siber cikgusiber.com kerana menjemput dan memberi peluang kepada saya untuk berkongsi idea. Semoga usaha baik ini diteruskan dan memberi manfaat kepada warga pendidik yang lain. Jika tiada aral, In Shaa Allah saya akan sertai perjumpaan seterusnya (jika dijemput lagi 😄).


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply