Antara kelebihan Raspberry Pi Pico adalah ia menyokong MicroPython – bahasa Python 3 yang boleh ditulis pada pengawal mikro. Pihak Raspberry Pi juga menjadikan MicroPython sebagai satu platform rasmi untuk Pico. Untuk kiriman kali ini, saya akan berkongsi cara untuk memasang MicroPython pada Raspberry Pi Pico. Untuk maklumat lanjut, klik pada gambar untuk terus ke laman rasmi.
Cara Memasang MicroPython Pada Raspberry Pi Pico
Bagi anda yang tidak pernah menggunakan MicroPython, cara untuk mula menggunakannya sangat mudah. Untuk video berikut saya menggunakan Raspberry Pi 400 sebagai komputer. Anda juga boleh menggunakan laptop / komputer Windows, Mac atau Linux. Perisian yang digunakan adalah Thonny Python IDE. Jom tonton!
Dah tonton? Jadi bagaimana, senang tak? Hehe. Jika anda hadapi sebarang kesulitan, anda boleh tinggalkan komen pada blog ini atau pada video Youtube. Mohon jasa baik untuk like dan kongsikan pada yang lain jika anda rasakan video ini bermanfaat. Terima kasih.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315