Petrosains RBTX Challenge 2021 kembali lagi untuk tahun ini. Walaupun dengan cabaran pandemik virus Covid-19, pertandingan masih diteruskan. Cuma cara penganjuran sedikit unik bagi saya, dimana penyertaan hanya melalui online saja (rekod video/video streaming). Untuk tahun ini terdapat 3 kategori utama iaitu Robo Tracer, Robo Sumo dan Innovation. Saya berminat dengan Robo Tracer, dan untuk kategori ini ia terbahagi kepada 3 peringkat umur iaitu Junior (6-12 tahun), Advance (13-17 tahun) dan Open (tiada had umur). Setiap peringkat umur mempunyai terma dan syarat tersendiri, serta track yang berbeza. Bagi saya Robo Tracer (Open) yang paling mudah untuk sertai, jadi saya pun membuat keputusan untuk daftar bersama anak saya.
RBTX Challenge 2021 Robo Tracer (Open)
Untuk kategori ini, saya bercadang untuk gunakan papan pengawal micro:bit. Berikut adalah senarai lengkap barang yang saya gunakan dalam membina robot ini.
REKA:BIT Robo Tracer
Kemudian, bahagian body, saya gunakan Fusion 360 untuk mereka bentuk. Seterusnya print menggunakan mesin 3D printer. Saya ada kongsikan file 3D tersebut di Google Drive. Anda boleh dapatkannya disini.
Jika anda berminat untuk memiliki 3D printer, anda boleh klik pada pautan berikut.
Contoh Program di MakeCode
Berikut adalah program yang saya bina menggunakan MakeCode untuk Robo Tracer. Klik pada gambar untuk edit program di MakeCode.
Cabaran
Disebabkan kita perlu rekod video untuk aksi robot, jadi saya perlu ada track Robo Tracer sendiri. Saya menghadapi masalah untuk menempah track ini kerana kebanyakan kedai cetakan dikawasan saya tutup semasa PPN Fasa 1. Walaubagaimanapun saya berjaya juga dapatkannya, cuma mungkin disebabkan ianya dipos, kedutan pada track tersebut sukar untuk dihilangkan. Seterusnya memberi kesan terhadap bacaan sensor.
Terima Kasih
Rasanya sampai disini dahulu perkongsian saya berkenaan penyertaan kami di RBTX Challenge 2021. Saya harap kiriman ini sedikit sebanyak dapat memberi gambaran atau idea untuk kategori Robo Tracer (Open). Jika ada informasi terkini, saya akan kemaskini kiriman ini atau buat kiriman yang baru.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315