Papan pengawal micro:bit sudah mula diajarkan di sekolah rendah di bawah subjek Reka Bentuk Teknologi. Apa itu micro:bit?
Sekitar tahun 2002 hingga 2010, pengawal mikro yang popular ketika itu adalah PIC. Kemudian pada tahun 2010, nama Arduino mula naik di Malaysia, dan sekarang micro:bit pula mula mendapat tempat. Apa itu micro:bit? Sama seperti Arduino, ia adalah papan pengawal mikro yang dihasilkan oleh BBC (British Broadcasting Corporation) untuk mengajar Sains Komputer di UK (United Kingdom). Program ini mula dilancarkan pada tahun 2015 dengan sasaran mengedarkan 1 juta papan micro:bit kepada rakyat UK. Berbeza dengan Arduino, micro:bit memfokuskan kepada pengaturcaraan jenis visual blok dan Python, menjadikannya lebih mudah untuk kanak-kanak. Mungkin disebabkan ini, populariti micro:bit cepat tersebar ke seluruh dunia.
Selain daripada kelebihan pengaturcaraan, papan micro:bit juga mempunyai ciri-ciri menarik seperti berikut.
Ciri-ciri Papan micro:bit
Micro USB | Papan micro:bit menggunakan sambungan USB jenis mikro B. Jadi untuk mengakses papan ini, anda perlukan kabel USB mikro B. |
Microphone | Penderia mikrofon membolehkan papan micro:bit mengesan bunyi. |
User buttons | 2 butang tekan A dan B disediakan sebagai komponen isyarat masukan. |
External supply Edge connector Analogue Digital IO | Terdapat pin-pin lebihan yang boleh disambung ke papan tambahan untuk menghasilkan pelbagai aplikasi lain yang menarik. |
LED Matrix 5×5 | Terdapat 25 LED yang disusun dalam bentuk matrik 5×5. |
Touch sensitive logo | Logo micro:bit yang boleh dijadikan sebagai penderia sentuhan. |
Power indicator USB activity indicator | Petunjuk kuasa dan aktiviti data dari USB. |
Battery connector | 2 unit bateri AA atau AAA boleh dibekalkan ke sambungan ini dan menjadikan papan micro:bit mudah alih. |
Reset button | Apabila butang ini ditekan, program akan mula semula. |
USB interface chip | Cip ini menghubungkan pengawal utama dan data USB. |
ST LSM303AGR | Cip untuk penderia kompas dan accelerometer. Penderia kompas boleh digunakan untuk menentukan sesuatu arah. Penderia accelerometer boleh mengesan orientasi papan seperti condong, jatuh dan gegaran. |
Nordic nRF52833-QIAA | Ini adalah otak utama papan micro:bit. Selain mengawal semua aktiviti komponen, ia juga boleh menghantar dan menerima data wireless melalui bluetooth (BLE) atau radio 2.4GHz. |
Selain daripada info diatas, papan micro:bit juga boleh mengesan suhu, cahaya dan menghasilkan melodi. Untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentang saiz, bentuk dan apa itu micro:bit, mungkin siri video ini boleh membantu.
Jenis Papan micro:bit
Jika Arduino mempunyai banyak jenis papan, micro:bit pula hanya ada 1 jenis sahaja. Sebelum ini micro:bit versi 1, dan kini versi 2. Ia sangat bagus untuk pelajar kerana tidak perlu memeningkan kepala membuat keputusan memilih papan mana untuk mula belajar.
Kit Projek RBT (Reka Bentuk Teknologi)
Berita baik untuk cikgu dan pengajar, Cytron Technologies telah menyediakan kit khas untuk mengajar topik micro:bit mengikut DSKP Reka Bentuk Teknologi darjah 5 dan 6. Klik pada gambar untuk ke laman produk tersebut. Cikgu juga boleh buat pembelian melalui LO atau bajet PIBG.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315