Papan Arduino Uno

Seperti yang saya katakan pada kiriman cara memilih papan Arduino, Arduino Uno adalah papan yang paling popular. Ia digunakan oleh hampir semua yang baru mula belajar Arduino (newbie). Malah, setelah mereka mahir, mereka tetap menggunakan papan Arduino Uno. Maka tidak hairan apabila disebut Arduino, ramai yang menganggap ia merujuk kepada papan Arduino Uno. Dek kerana populariti papan ini berbanding papan yang lain. Maka untuk kiriman ini, saya akan fokuskan tentang penerangan papan Arduino Uno sahaja.

Board Arduino Uno R3

Arduino Uno ada papan mikropengawal yang berasaskan ATmega328P. Umumnya papan ini mempunyai:

  • 14 masukan/keluaran digital (6 daripadanya boleh digunakan sebagai keluaran PWM).
  • 6 masukan analog.
  • 16 MHz kristal kuarza.
  • Sambungan USB.
  • Sambungan jack kuasa.
  • Kepala (header) ICSP.
  • Butang menetapkan semula (reset).

Pendek kata, ia mengandungi litar lengkap untuk membolehkan mikropengawal berfungsi. Selain itu, perkataan “Uno” (bahasa Itali) bermaksud 1 dan juga dipilih untuk menandakan pelancaran Arduino IDE 1.0.

Senarai Pin Pada Papan Arduino Uno

Antara perkara penting dalam mempelajari mikropengawal adalah anda perlu tahu fungsi setiap pin yang disediakan. Dengan itu, anda boleh merancang bagaimana untuk membuat sambungan terhadap modul atau komponen lain. Gambar berikut menunjukkan secara terperinci fungsi setiap pin dan bahagian pada papan Arduino Uno.

Arduino Uno Pinout

Spesifikasi Teknikal Board Arduino Uno

MikropengawalATmega328P
Voltan Operasi5V
Kuasa Voltan Masukan (disyorkan)7 – 12V
Kuasa Voltan Masukan (had)6 – 20V
Pin Masukan dan Keluaran Digital14 (6 daripadanya boleh menghasilkan keluaran PWM)
Pin Digital PWM6
Pin Masukan Analog6
Arus setiap pin masukan keluaran20mA
Arus pada voltan 3.3V50mA
Memori Flash32 KB (ATmega328P) dimana 0.5 KB digunakan oleh bootloader
SRAM2 KB (ATmega328P)
EEPROM1 KB (ATmega328P)
Kelajuan Clock16 MHz
LED_BUILTIN13
Panjang68.6 mm
Lebar53.4 mm
Berat25 g

Dengan perkongsian ini, saya berharap ia dapat membantu anda untuk mengenali papan Arduino Uno lebih baik. Untuk maklumat yang lebih terperinci, anda boleh layari link berikut – Arduino Uno Rev3 daripada Arduino.cc

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply