Papan Pengawal micro:bit V2

Hari ini, pihak BBC micro:bit telah melancarkan produk terbaru iaitu papan pengawal micro:bit V2 (Versi 2) pada jam 1:30 petang. Ketika saya mendapat tahu tentang berita ini, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan ada versi ke-2. Selalunya syarikat lebih kepada menghasilkan jenis produk (pengawal mikro) yang lain, daripada menaik taraf produk sedia ada kepada versi yang baru. Sebagai contoh, kita lihat Arduino, terdapat lebih 30 jenis produk papan pengawal mikro. Walaupun mereka menghasilkan produk baru Arduino Nano Every, ia tidak menggantikan papan Arduino Nano sedia ada.

Tindakan micro:bit ini lebih seperti Raspberry Pi, dimana ia akan menggalakkan orang ramai menggunakan produk terkini melalui kawalan terhadap produk mereka. Dengan cara ini, kita berpeluang mempelajari teknologi semasa dan boleh bergerak maju kehadapan lebih cepat.

Pandangan Papan Pengawal micro:bit V2

Jika kita lihat pada produk baru micro:bit ini, di bahagian user interface masih kekal dengan 5×5 LED matrik dan 2 butang boleh diprogram. 5 lubang untuk sambungan wayar klip buaya juga masih dikekalkan dengan label yang sama. Dengan kata mudah, papan micro:bit V2 adalah serasi dengan V1. Jadi kepada anda yang sudah biasa dengan V1, anda tidak perlu bimbang dengan kehadiran V2 ini. 😊

Papan Pengawal micro:bit V2
Pandangan hadapan dan belakang papan pengawal micro:bit V2

Perbandingan micro:bit V1 dan V2

Selain daripada ianya serasi, terdapat beberapa ciri-ciri menarik yang ditambah. micro:bit V2 mempunyai:

  • penderia sentuhan pada bahagian logo.
  • mikrofon sebagai penderia bunyi.
  • lekuk disetiap bahagian penyambung wayar klip buaya.
  • pembaz terbina.
  • penunjuk LED untuk kuasa.
Perbandingan micro:bit V1 dan V2

Carta Perbandingan

Berikut adalah carta perbandingan yang lebih terperinci diantara micro:bit V1 dan V2.

Featuresmicro:bit V1 (1.5)micro:bit V2
ProcessorNordic Semiconductor nRF81522Nordic Semiconductor nRF82533
Memory256KB Flash, 16KB RAM512KB Flash, 128KB RAM
InterfaceNXP KL26Z, 16KB RAMNXP KL27Z, 32KB RAM
MicrophoneN / AMEMS microphone and LED indicator
SpeakerN / AOn board speaker
Logo TouchN / ATouch sensitive logo pin
Edge Connector25 pins, 3 dedicated GPIO,
PWM, I2C, SPI, ext power.
3 ring pins for connecting
crocodile clips/banana plugs.
25 pins, 4 dedicated GPIO,
PWM, I2C, SPI, ext power.
3 ring pins for connecting
crocodile clips/banana plugs.
Notched for easier connection.
I2CShared I2C busDedicated I2C bus for peripherals
Wireless2.4GHz micro:bit radio /
BLE Bluetooth 4.0
2.4GHz micro:bit radio /
BLE Bluetooth 5.0
Power5V via micro USB port,
3V via edge connector or battery pack
5V via micro USB port,
3V via edge connector or battery pack,
LED power indicator,
power off (push and hold power button).
Current available90mA available for accessories200mA available for accessories
Motion sensorST LSM 303ST LSM 303
SoftwareMakeCode, Scratch, Python, C++MakeCode, Scratch, Python, C++
Size5cm (W), 4cm (H)5cm (W), 4cm (H)

micro:bit V2 di Malaysia

Buat masa sekarang, ianya masih belum dijual di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Walaupun belum ada tarikh yang tetap, ianya dijangka berada dipasaran sekitar November 2020. Sama-sama kita nantikan. Bagaimana pula dengan harga? Setakat ini, Cytron Technologies meletakkan tanda harga RM73 untuk micro:bit V2 mainboard, dan RM90 untuk micro:bit V2 Go Bundle.

*Saya akan buat ulasan lebih lanjut apabila papan pengawal micro:bit V2 sudah ada ditangan kelak.


Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Untuk dapatkan informasi terkini, anda boleh sertai saluran Telegram Idrisz | Belajar Arduino dan Raspberry Pi.

Leave a Reply