Pemenang MIRC 2020 Johor

Pada hari Isnin (19 Oktober 2020), pihak Elvira System telah mengumumkan pemenang MIRC 2020 JohorPertandingan Inovasi dan Robotic menggunakan micro:bit, pada jam 3 petang melalui Facebook Live. Tahniah kepada semua pemenang! ๐ŸŽ‰ Jika anda terlepas, anda boleh tonton semula disini.

Saya berminat dengan kategori yang menggunakan papan pengawal micro:bit, jadi saya akan kongsikan video tempat ketiga, kedua dan pertama untuk Sekolah Rendah dan Menengah. Sambil itu, bolehlah beri sokongan moral kepada peserta dengan bantu untuk like video-video di Youtube.

Pemenang MIRC 2020 Johor – Sekolah Rendah

3๏ธโƒฃ Tempat Ketiga ๐ŸŽ

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Ammar Zafri Rizqullah bin Mohd Yusof
๐Ÿซ Sekolah Rendah Bersepadu Kluang

Smart Drip Irrigation System

2๏ธโƒฃ Tempat Kedua ๐ŸŽ

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Nursyahir Syakirin bin Said Zin
๐Ÿซ Sekolah Kebangsaan Semangar, Kota Tinggi

Alat Menghantar Makanan ke Kelas

1๏ธโƒฃ Tempat Pertama ๐ŸŽ

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Zahazan Rafiq bin Dulkifli
๐Ÿซ Sekolah Kebangsaan Semangar, Kota Tinggi

Smart Dustbin

Pemenang MIRC 2020 Johor – Sekolah Menengah

3๏ธโƒฃ Tempat Ketiga ๐ŸŽ

๐Ÿง•๐Ÿป Nur Syazwina Amani binti Saiful Aznee
๐Ÿซ Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi

HDB1 micro:bit Innovation

2๏ธโƒฃ Tempat Kedua ๐ŸŽ

๐Ÿง•๐Ÿป Nur Auwfa Aqilah binti Aminurashid
๐Ÿซ Sekolah Menengah Agama Kota Tinggi

Baby Tech Cot

1๏ธโƒฃ Tempat Pertama ๐ŸŽ

๐Ÿ‘จ๐Ÿปโ€๐ŸŽ“ Muhammad Syamseer Irfan bin Shamsul
๐Ÿซ Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kluang

Smart Liquid Dispenser

Ulasan

Tahniah kepada penganjur diatas pertandingan inovasi dengan norma baharu ini. Walaupun diluar daripada kebiasaan, ianya masih dapat dijalankan dengan baik. Kepada semua peserta, jangan berhenti disini, teruskan berinovasi. Kepada yang berjaya, teruskan mempromosi budaya inovasi kepada kawan-kawan yang lain.

Saya ingin memberikan sedikit tip bagaimana untuk hasilkan video yang baik:

  • Tulis skrip perjalanan video supaya tidak lari daripada objektif.
  • Pastikan audio suara jelas – ini sangat penting!
  • Rakam beberapa sudut video untuk setiap babak – menjadikan video lebih menarik.
  • Jika ingin gunakan muzik latar belakang, pastikan tidak mengganggu audio suara.
  • Kekalkan kekuatan audio yang sama disepanjang video.
  • Boleh gunakan video daripada Youtube untuk tambah informasi, tapi jangan lebih 15 saat untuk elak pelanggaran hak cipta. Nak lagi selamat? Kurang 10 saat.

Walaubagaimanapun, saya bukanlah siapa-siapa, sekadar ingin berkongsi pandangan daripada pengalaman. ๐Ÿ˜Š


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Kiriman Berkaitan:

Leave a Reply