Topik menghasilkan corak cahaya LED berkait rapat dengan topik mengawal pin keluaran digital. Ia lebih memfokuskan kepada teknik pengaturcaraan supaya kita lebih kreatif menggunakan pernyataan berulang seperti for, do dan while.
Ulangkaji:
Contoh Kod Pengaturcaraan
1. Corak Cahaya LED Berlari 1 Arah
Cahaya LED bergerak bermula dari LED L2 sehingga L13 dan proses ini berulang semula.
2. Corak Cahaya LED Berlari 2 Arah
Cahaya LED bergerak bermula dari LED L2 sehingga L13. Kemudian, cahaya LED berpatah kembali dari LED L13 sehingga ke L2. Proses ini berulang-ulang.
3. Corak Cahaya LED Berlari Zig Zag
Cahaya LED bermula di dua LED iaitu L2 dan L13. Cahaya ini bergerak kearah berlawanan sehingga bertembung dan melantun semula. Proses ini berulang-ulang.
Ubah Kod Pengaturcaraan
Anda boleh mengubah masa menunggu untuk lihat pergerakan cahaya LED lebih cepat atau perlahan. Jika anda sukakan cabaran, anda boleh hasilkan corak cahaya LED anda sendiri. Jangan lupa kongsikan pautan video di ruangan komen.
Hari Raya dah nak dekat. Bolehlah anda hasilkan corak cahaya LED sendiri selepas ini! 😁
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315