Maker Nano (Arduino Nano)

Cytron Technologies telah memperkenalkan beberapa siri produk jenama Maker sebelum ini seperti Maker UNO, Maker pHAT, Maker Drive, Maker Line, Maker Mini Sumo Controller dan beberapa produk lagi. Terbaru, Maker Nano (Arduino Nano serasi) akan dilancarkan hari ini (jam 2.30 petang) dengan objektif Simplifying Arduino for Projects. 👍

Maker Nano

Apa Itu Maker Nano?

Maker Nano adalah papan serasi Arduino Nano. Jika anda seorang peminat Arduino, pasti anda sedar bahawa penggunakan Arduino Nano dalam pembinaan projek elektronik begitu banyak. Tidak seperti Arduino Uno, Nano lebih sesuai untuk mereka yang sudah ada asas Arduino dan elektronik.

Jika Maker UNO dibina untuk memudahkan pembelajaran Arduino, Maker Nano lebih fokus kepada memudahkan pembinaan projek elektronik. Walaupun saiznya jauh lebih kecil, ciri-ciri menarik pada Maker UNO seperti 12 LED, 1 butang pengaturcaraan, 1 pembaz dan penggunaan USB mikro masih dikekalkan dalam Maker Nano.

Maker Nano Pinout

Arduino Nano vs Maker Nano

Jika diletakkan sebelah menyebelah diantara Maker Nano dan Arduino Nano, anda akan dapati bahawa saiz papan Maker Nano sedikit besar. Walaubagaimanapun, jarak dan susunan pin masih sama. Bermakna, jika anda sudah ada projek yang menggunakan Arduino Nano, anda boleh gantikan dengan Maker Nano secara terus. Ini termasuk penggunaan kod dan papan yang sama di perisian Arduino IDE. Tiada apa yang perlu diubah.

Berikut adalah perbandingan spesifikasi Arduino Nano dan Maker Nano.

Rahsia Maker Nano?

Pernah tak anda terfikir bagaimana papan Maker Nano ini boleh memuatkan komponen yang banyak pada masa yang sama mengekalkan saiznya yang kecil? Ini kerana ia menggunakan komponen SMD sepenuhnya dan dibina dengan 4 lapisan PCB. Syabas kepada Cytron Technologies kerana berjaya menghasilkan produk yang kreatif dan berkualiti. Lebih membanggakan, ia buatan Malaysia!

Memandangkan Maker Nano mempunyai sambungan LED, butang dan pembaz yang sama seperti di Maker UNO, anda boleh gunakan contoh kod di Asas Arduino (Maker UNO). Jadi sampai disini dahulu ulasan pandang pertama Maker Nano daripada saya. Jika anda berminat untuk dapatkannya, sila tekan butang dibawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply