Perisian Arduino IDE sudah menjadi perisian yang paling popular untuk papan mikropengawal. Jadi semakin banyak syarikat ingin memastikan produk papan mikropengawal mereka boleh digunakan bersama perisian Arduino IDE. Lebih menarik, pihak Arduino juga menyokong usaha ini dan mereka telah menambah satu ciri khas untuk memasang papan tambahan di Arduino IDE. Pastinya ciri ini sangat membantu pengguna untuk mula menggunakan papan mikropengawal mereka.
Hal ini tidak terkecuali untuk papan ESP32. Jadi untuk kiriman kali ini, saya akan kongsikan bagaimana untuk menambah papan tersebut di Arduino IDE.
Memasang Papan Tambahan di Arduino IDE
1. Pautan JSON
Perkara pertama yang perlu ada untuk memasang papan tambahan di Arduino IDE adalah pautan json. Anda boleh cari di internet dengan kata kekunci seperti “arduino esp32”, “arduino esp8266”. Setelah anda dapat pautan json tersebut, buka Arduino IDE, klik pada Fail – Preferences, dan letakkan pautan json pada ruangan Additional Boards Manager URLs.
2. Buka Pengurus Papan (Boards Manager)
Seterusnya klik pada Tools – Board – Boards Manager… Pastikan laptop atau komputer anda mempunyai sambungan ke internet.
3. Pasang Pakej Papan ESP32
Pakej papan yang baru (mengikut pautan json) akan muncul di bawah sekali. Jadi anda perlu tatal ke bawah sekali, klik pada kawasan pakej tersebut dan klik Install. Proses pemasangan ini akan mengambil masa beberapa minit. Bergantung pada kelajuan internet dan saiz pakej papan tersebut. Selesai pasang, klik Close.
4. Pilih Papan ESP32
Kini pakej papan yang baru akan muncul di Arduino IDE. Anda boleh pilih jenis papan mengikut kesesuaian.
Berikut adalah contoh untuk papan ESP8266 pula.
Anda boleh cuba memasang apa saja jenis papan mikropengawal di Arduino IDE, selagi ia mempunyai pautan json. Saya berikan beberapa contoh pautan json untuk papan mikropengawal berikut.
Papan ESP8266
https://arduino.esp8266.com/stable/package_esp8266com_index.json
Papan ESP32
https://raw.githubusercontent.com/espressif/arduino-esp32/gh-pages/package_esp32_index.json
Papan micro:bit
https://sandeepmistry.github.io/arduino-nRF5/package_nRF5_boards_index.json
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315