Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python

Di zaman yang mana kita boleh dapatkan contoh kod pengaturcaraan dengan mudah, jadi menulis kod bukanlah topik awal untuk kita belajar. Tetapi, untuk Raspberry Pi, bagaimana untuk menjalankan kod pengaturcaraan python. Jadi untuk kiriman kali ini saya akan kongsikan bagaimana untuk membuat fail baru, menulis kod python ringkas, simpan dan jalankan kod.


Cara Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python di Raspbian Stretch

Pastikan anda tahu cara untuk membuka perisian python. Saya gunakan Python 3 (IDLE). Jika anda tidak pasti, anda boleh rujuk kiriman Perisian Python Di Raspbian.

1. Buat Fail Baru
Python Buka Fail Baru

Klik pada File – New File atau boleh juga tekan CTRL+N.

2. Tuliskan Kod Python
Tulis Kod Python

Anda boleh menulis atau gunakan kod python yang anda dapat di internet.

3. Simpan Kod Python
Simpan Fail Python

Sebelum anda boleh menjalankan kod python, anda perlu simpan terlebih dahulu. Klik pada File – Save (atau CTRL+S), kemudian pilih folder dan tuliskan nama fail anda.

4. Jalankan Kod Python
Jalankan Kod Python

Untuk jalankan kod python, klik pada Run – Run Module atau tekan F5.

Hasil Kod Python

Hasil daripada kod tersebut boleh dilihat di Python Shell.


Cara Menjalankan Kod Pengaturcaraan Python di Raspbian Buster

1. Buka Perisian Thonny Python dan Tulis Kod
Tulis Kod Thonny Python

Buka perisian Thonny Python IDE dan anda boleh terus tulis kod pengaturcaraan. Kemudian klik Save untuk simpan fail.

2. Simpan Kod Python
Simpan Kod Thonny Python

Pilih lokasi folder seperti Documents, tulis nama fail python, dan klik OK untuk simpan.

3. Jalankan Kod Python
Hasil Kod Thonny Python

Seterusnya klik Run untuk jalankan kod python. Anda boleh lihat hasil atau status kod di ruangan Shell dibawah.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply