Papan Arduino Nano 2019

Bersempena acara Maker Faire Bay Area 2019 yang diadakan pada 17-19 Mei 2019, pihak Arduino telah memperkenalkan 4 produk Arduino yang baru. Produk tersebut adalah papan Arduino Nano 2019 yang lebih berkuasa dan menawarkan lebih pilihan kepada pengguna. Susunan pin masih sama seperti asal, dan ke semua papan Arduino Nano 2019 menggunakan penyambung USB mikro B berbanding USB mini B. Bagi saya, tawaran ini agak menarik untuk pengguna setia Arduino.

Arduino Nano Family

Senarai Papan Arduino Nano 2019

1. Arduino Nano Every
Arduino Nano Every

Papan Arduino Nano Every ini paling sesuai untuk menggantikan papan Arduino Nano yang lama. Saya kata begini kerana ia masih mengekalkan susunan pin yang sama dan juga setiap pin masukan keluaran adalah 5V! Papan ini menggunakan mikropengawal ATMega4809 yang menawarkan kelajuan Clock, Memori Flash, dan SRAM yang lebih tinggi. Manakala EEPROM lebih rendah. Arduino Nano Every ditawarkan pada harga bermula US$9.90.

Berikut adalah ciri-ciri ringkas papan Arduino Nano Every:

Kelajuan Clock20MHz
Memori Flash48KB
SRAM6KB
EEPROM256bytes

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut – Arduino Nano Every.

2. Arduino Nano 33 IoT
Arduino Nano 33 IoT

Papan Arduino Nano 33 IoT masih mengekalkan susunan pin yang sama, cuma ia dilengkapi dengan modul ESP32 WiFi dan bluetooth. Berbeza dengan papan Arduino Nano Every, ia berasaskan cip ARM-Cortex M0+ SAMD21 yang beroperasi pada voltan 3.3V. Selain itu, ia juga mempunyai cip kripto ATECC608A dan cip LSM6DSL, IMU (Inertial Measurement Unit) 6 paksi. Arduino Nano 33 IoT ini juga boleh digunakan bersama Arduino IoT Cloud dan ditawarkan pada harga bermula US$18.

Berikut adalah ciri-ciri ringkas papan Arduino Nano 33 IoT:

Kelajuan ClockSehingga 48MHz
Memori Flash256KB
SRAM32KB

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut – Arduino Nano 33 IoT.

3. Arduino Nano 33 BLE
Arduino Nano 33 BLE

Papan Arduino Nano 33 BLE direka khas untuk aplikasi tanpa wayar (BLE) jarak pendek dan penggunaan kuasa yang rendah. Ia dijana oleh cip Nordic nRF52480 yang mengandungi ARM-Cortex M4F, beroperasi pada voltan 3.3V. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan cip LSM9DS1, penderia IMU (Inertial Measurement Unit) 9 paksi. Arduino menyasarkan papan Arduino Nano 33 BLE digunakan pada peranti wearables. Papan ini ditawarkan pada harga bermula US$19.

Berikut adalah ciri-ciri ringkas Arduino Nano 33 BLE:

Kelajuan Clock64MHz
Memori Flash1MB
SRAM256KB

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut – Arduino Nano 33 BLE.

4. Arduino Nano BLE Sense
Arduino Nano BLE Sense

Papan Arduino Nano BLE Sense adalah sama seperti Arduino Nano 33 BLE. Ia dijana oleh cip Nordic nRF52480 yang mengandungi ARM-Cortex M4F beroperasi pada voltan 3.3V. Ia juga dilengkapi dengan cip LSM9DS1, penderia IMU (Inertial Measurement Unit) 9 paksi. Perbezaannya adalah, papan ini memiliki lebih banyak penderia. Ia mempunyai cip LPS22HB untuk mengesan suhu dan tekanan, cip HTS221 untuk mengesan kelembapan, cip ADPS-9960 untuk mengesan jarak, warna, cahaya dan gerakan isyarat serta cip MP34DT05 untuk mikrofon digital. Papan ini ditawarkan pada harga bermula US$29.50.

Berikut adalah ciri-ciri ringkas Arduino Nano BLE Sense:

Kelajuan Clock64MHz
Memori Flash1MB
SRAM256KB

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari pautan berikut – Arduino Nano BLE Sense.

Bagaimana? Menarik bukan? Jika anda diberi pilihan, papan mana yang anda teringin untuk mencuba? Bagi saya, papan Arduino Nano Every dan Arduino Nano 33 IoT lebih menarik minat saya untuk diteroka. Jika anda seorang pelajar atau pemula, saya tidak sarankan anda mencuba papan baru ini tanpa belajar perkara asas dahulu. Jika anda mempunyai bajet yang rendah untuk belajar, anda boleh gunakan papan Maker UNO kerana belajar lebih mudah dengan Maker UNO.


Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply