Topik menghasilkan corak cahaya LED berkait rapat dengan topik mengawal pin keluaran digital. Ia lebih memfokuskan kepada teknik pengaturcaraan supaya kita lebih kreatif mengawal pergerakan LED untuk menghasilkan corak yang menarik.
Ulangkaji:
Contoh Kod Pengaturcaraan
1. Corak Cahaya LED Berlari 1 Arah
Cahaya LED bergerak dari kiri ke kanan dan berulang-ulang.
2. Corak Cahaya LED Berlari 2 Arah
Cahaya LED bergerak bermula dari kiri ke kanan. Kemudian, cahaya LED berpatah kembali dari kanan ke kiri. Proses ini berulang-ulang.
3. Mengawal Pergerakan Corak Cahaya LED
Apabila butang sw1 ditekan, cahaya LED akan berlari dari kiri ke kanan. Jika butang sw2 ditekan, cahaya LED akan berlari dari kanan ke kiri, dan jika sw3 ditekan LED akan berhenti.
Ubah Kod Pengaturcaraan
Anda boleh cuba ubah waktu menunggu 50 mili saat kepada nombor yang lain. Semakin besar nilai tersebut, kelajuan cahaya LED berlari akan semakin perlahan.
Alhamdulillah, selesai sudah silibus Asas Raspberry Pi. Ia dilengkapi 4 topik asas dan anda boleh mempelajari dan mempraktikkannya dengan menggunakan perkakasan minimum iaitu:
Sebenarnya, banyak lagi yang boleh kita belajar dengan senarai perkakasan diatas. Tapi untuk asas, cukuplah setakat ini dahulu. Yang penting, anda perlu biasakan diri dengan Raspberry Pi supaya tidak lupa. Selamat belajar dan semoga bermanfaat. 😊
Terima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan. Saya ingin memohon jasa baik anda semua untuk Subscribe channel Youtube saya di https://www.youtube.com/c/idriszmy 🙏