Senarai Papan Raspberry Pi

Semenjak Raspberry Pi diperkenalkan pada tahun 2012, sehingga kini, terdapat lebih 10 senarai papan Raspberry Pi telah dihasilkan. Bermula dari Raspberry Pi 1 Model A, sehinggalah yang terkini Raspberry Pi 3 Model B+. Papan tersebut sama ada dipelbagaikan ataupun dipertingkatkan versi. Ada juga papan jenis compute module, yang lebih sesuai untuk penggunaan industri.

Berikut adalah senarai papan Raspberry Pi (tidak termasuk compute module):

Untuk kiriman ini, saya akan memfokuskan kepada 3 papan sahaja, dimana papan ini lebih mudah didapati berbanding yang lain.


Senarai Board Raspberry Pi

1. Raspberry Pi 3 Model B+
Raspberry Pi 3 Model B+

Raspberry Pi 3 Model B+ adalah papan terkini daripada Raspberry Pi. Berikut adalah spesifikasi papan Raspberry Pi 3 Model B+:

  • Menggunakan cip Broadcom BCM2837B0, Cortex-A53 (ARMv8) 64-bit SoC @ 1.4GHz
  • Dilengkapi memori 1GB LPDDR2 SDRAM
  • Menyokong 2.4GHz dan 5GHz IEEE 802.11.b/g/n/ac wireless LAN, Bluetooth 4.2, BLE
  • Gigabit Ethernet (maximum throughput 300 Mbps)
  • Extended 40-pin GPIO header
  • HDMI saiz penuh
  • 4 penyambung USB 2.0
  • 1 penyambung kamera CSI khas untuk kamera Raspberry Pi
  • 1 penyambung paparan DSI khas untuk paparan skrin sentuh Raspberry Pi
  • 4-kutub keluaran stereo dan penyambung video komposit
  • Micro SD port untuk sistem operasi dan penyimpan data
  • 5V/2.5A DC power input
  • Menyokong Power-over-Ethernet (PoE) (perlu PoE HAT secara asing)

Berikut adalah dokumen sokongan untuk Raspberry Pi 3 Model B+:

Untuk maklumat lanjut berkenaan Raspberry Pi, anda boleh rujuk disini:

Untuk makluman, Raspberry Pi 3 Model B+ akan kekal dihasilkan sehingga sekurang-kurangnya Januari 2023.

2. Raspberry Pi 3 Model B

Raspberry Pi 3 Model B

Raspberry Pi 3 Model B memiliki spesifikasi yang lebih rendah berbanding Raspberry Pi 3 Model B+. Pada saya, ia lebih sesuai dijadikan sebagai alternatif.

  • Quad Core 1.2GHz Broadcom BCM2837 64bit CPU
  • 1GB RAM
  • BCM43438 wireless LAN and Bluetooth Low Energy (BLE) on board
  • 100 Base Ethernet
  • 40-pin extended GPIO
  • 4 USB 2 ports
  • 4 Pole stereo output and composite video port
  • Full size HDMI
  • CSI camera port for connecting a Raspberry Pi camera
  • DSI display port for connecting a Raspberry Pi touchscreen display
  • Micro SD port for loading your operating system and storing data
  • Upgraded switched Micro USB power source up to 2.5A

3. Raspberry Pi Zero WH

Raspberry Pi Zero WH

Walaupun gambar ini besar, sebenarnya saiz Raspberry Pi Zero WH lebih kecil berbanding Raspberry Pi 3 Model B+. Pastinya spesifikasinya lebih rendah berbanding 2 board diatas. Ia lebih sesuai untuk aplikasi yang ringkas dan tidak melibatkan pemprosesan yang kompleks.

  • 1GHz, single-core CPU
  • 512MB RAM
  • 802.11 b/g/n wireless LAN and Bluetooth Low Energy (BLE)
  • 40-pin extended GPIO
  • Mini HDMI and USB On-The-Go ports
  • Micro USB power
  • HAT-compatible 40-pin header
  • Composite video and reset headers
  • CSI camera connector

Jadi berikut adalah senarai papan Raspberry Pi. Jika anda berminat untuk milikinya, anda boleh klik pada link yang disediakan sepanjang kiriman ini.

Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi membolehkan saya terus mengusahakan blog ini, amatlah berbesar hati sekiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan ikhlas bagi menampung kos (hosting, domain, masa, barang, dll). Terima kasih. Maybank Idris Zainal Abidin 162731011315

Leave a Reply